in

Jenayah Seksual & Capaian Pornografi Kanak-kanak Meningkat Semasa PKP – Polis

Collage 31

Aktiviti jenayah melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak termasuk akses kepada pornografi kanak-kanak telah meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk pengetahuan korang, sebanyak 45 kes telah dilaporkan semasa PKP yang berlangsung antara 18 Mac 2020 sehingga 29 April 2021, lapor BERNAMA.

Ini menunjukkan peningkatan kepada 27 kes berbanding 18 kes yang dilaporkan sebelum PKP dilaksanakan (18 Feb 2019 ke 17 Mac 2020), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Tambahnya lagi, kes amang seksual yang tak melibatkan fizikal seperti menggunakan perkataan atau menunjukkan perlakuan seksual lucah dalam bentuk audio atau visual kepada kanak-kanak turut menunjukkan peningkatan berbanding sebelum PKP.

Unknown 1

Penggunaan media sosial yang meluas dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada kes-kes ini memandangkan mereka sering meluangkan masa bermain gajet atau teknologi lain kerana tak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan selain dikenakan tindakan PKP di kawasan masing-masing.”

Manakala, sebanyak 12,330 jenayah melibatkan wanita, kanak-kanak dan jenayah seksual telah dilaporkan semasa PKP berbanding 12,023 kes sebelum PKP.

Namun statistik keganasan rumah tangga telah menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan peratus atau 606 berbanding sebelum PKP iaitu 6,003 kes.

Punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kes keganasan rumah tangga ialah pergaduhan (suami isteri) akibat masalah kewangan, penyalahgunaan dadan dan tekanan perasaan (dipercayai kerana hilang sumber pendapatan.”

Kalau korang ada lihat atau tau sesiapa yang menjadi mangsa seksual atau penderaan, korang boleh minta mereka untuk hubungi AWAM di talian 016-2374221.

 

Baca: Menakutkan! Dari Januari Hingga Jun, Sebanyak 1,721 Kes Rogol, Cabul & Inses Terhadap Kanak-kanak Dilaporkan

Screenshot 2021 05 21 At 11.18.53 Am

Sumber: The Star