in

Jenama Bayi Popular Fisher-Price Tarik Balik Buaian Bayi Lepas Sebabkan Lebih 30 Bayi Mati

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ada anak, korang mesti kenal dengan jenama Fisher-Price kan? Kalau beli mainan dari jenama ni, sampai korang dah dapat cucu pun masih elok lagi.


Malangnya, Jumaat lepas, jenama Fisher-Price ini membuat keputusan untuk menarik balik salah satu produknya iaitu buaian bayi Rock ‘n Play Sleepers selepas produk ini dikaitkan dengan kematian 32 bayi.

Penarikan semula buaian bayi yang dah 10 tahun berada di pasaran ini dibuat oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (SPSC).

Menurut BBC, CPSC mengatakan, kematian bayi ini berlaku bila mereka bergolek dari depan ke belakang atau pusingkan badan ke sisi ketika badan mereka tak diikat di buaian dan membuatkan mereka sesak nafas atau lemas.

Kebanyakan bayi yang mati ini berumur lebih dari tiga bulan. Menurut Fisher-Price, mereka telah memberi amaran kepada ibu bapa untuk tak menggunakan produk ini bila bayi sudah pandai bergolek.

105849811 1555102834841Baby Sleeper Recall Today 190406 Main 01 Fb2Dd72E35Cb9E42135514E39A0304F7.Fit

Dalam satu kenyataan, pemilik Fisher Price, Mattel telah mengesahkan penarikan semula produk ini namun dia tetap yakin dengan keselamatan produknya.

Walaupun insiden-insiden yang berlaku disebabkan perbuatan yang bertentangan dengan amaran dan arahan keselamatan produk kami, kami membuat keputusan untuk menarik balik produk ini sebagai langkah terbaik.”

Akademi Pakar Kanak-kanak Amerika (AAP) sebelum ini telah menyuruh Fisher-Price untuk menarik semula produk ini dengan melabel buaian bayi tersebut sebagai “membawa maut”.

Organisasi ini telah memetik beberapa laporan yang mengaitkan buaian bayi ini dengan 32 kematian bayi sepanjang 10 tahun produk ini berada di pasaran.

Presiden AAP, Kyle Yasuda mengatakan, ibu bapa selalu menyangka produk yang berada di pasaran selamat untuk digunakan.

Bila ibu bapa membeli produk untuk bayi atau anak mereka, ramai menyangka jika ia dijual di pasaran, ia dah tentu selamat untuk digunakan. Malangnya, mereka salah.”

Kalau korang nak tahu, produk ni masih lagi dijual di pasaran. Jadi, admin sarankan korang hati-hatilah masa nak beli barang-barang bayi.

Lepastu, korang kena tahu enam bulan pertama kehidupan bayi adalah kritikal kerana mereka terdedah dengan risiko sindrom bayi mati mengejut (SIDS) so korang kena selalu baca tips-tips untuk kurangkan risiko SIDS ni tau.

 

Baca: “Mak buyung, jangan tido terlentang okay” – Doktor Ini Kongsi Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Boleh Sebabkan Bayi Mati Mengejut.

Screenshot 2019 04 16 At 4.17.36 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.