Ekoran isu jenaka rogol yang didedahkan oleh pelajar Ain Husniza, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik meminta agar menteri dan timbalan menteri pendidikan segera menanganinya.
Menurut Maszlee, kes yang disuarakan oleh Ain ini bukanlah kes yang terpencil malah telah berlaku sejak sekian lama.
Saya nak menyeru menteri (Radzi Jidin) dan timbalannya untuk tunjukkan kepimpinan mereka dan jangan abaikan isu ini.
“Ini bukan isu terpencil dan ia telah berlaku untuk jangka masa yang lama dan ia perlu dihentikan. Tolong bersuara!”
Dalam ciapan di Twitter peribadinya ini, Maszlee turut memuat naik memo yang dia berikan kepada pihak atasan dahulu ketika dia memegang jawatan sebagai menteri pendidikan serta meminta Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan polisi yang dia cuba bawakan ke kabinet ini.
Antaranya, jika pegawai awam didapati bersalah melakukan jenayah seksual, mereka hendaklah dipecat dan didaftarkan di dalam Sistem Pesalah Jenayah Seksual Kanak-kanak (eDKK) dan tak dibenarkan bekerja dengan kanak-kanak atau mana-mana institusi di bawah KPM.
Dengan sikap yang ditunjukkan oleh menteri dan timbalannya mengenai kes ini, rasa tak percaya ibu bapa terhadap sekolah akan lebih meluas. Mereka perlu menjadi lebih pro-aktif atau letak jawatan!
“Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak.”
Baca: “Siapa mahu guru & murid terdedah Covid-19?” – Dr Maszlee Malik Anggap Kompaun Sekolah Aniaya Guru