in

Jemput 15 Imam Masjid, Bintang Tamil Terkenal Vijay Chandrasekhar Anjur Majlis Iftar Besar-besaran

ft vijay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelakon Tamil terkenal di India, Thalapathy Vijay Chandrasekhar, telah menganjur sebuah majlis berbuka secara besar-besaran di Chennai.

Ia diadakan pada Jumaat lalu bertempat di padang YMCA Royapettah dan dihadiri lebih 3,000 orang, termasuk imam-imam dari 15 masjid sekitar kawasan itu.


Artikel berkaitan : Sampah Bertaburan Di ‘Highway’ Menuju Ke Gua Musang, Lelaki Dakwa Sisa Orang Berbuka Puasa?

Artikel berkaitan : Pendakwah Tegur Lelaki Sengaja Buka Puasa Sebab Nak Teman GF Datang Bulan Makan 

Screenshot 2025 03 10 141311

Meskipun bukan beragama Islam, Vijay yang mengenakan pakaian tradisional putih dan kopiah semasa majlis tersebut turut bersama-sama tetamu lain berbuka puasa.

Difahamkan, bukan sahaja pada hari tersebut, dikatakan beliau turut berpuasa sepanjang bulan suci Ramadan.

3037904

Tindakannya itu telah mendapat pujian di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat yang anggap dirinya begitu rendah hati menghargai agama serta budaya berbeza serta meraikannya.

Selain itu, ramai yang anggap bahawa ianya satu langkah positif untuk menyemai perpaduan dan menjana keharmonian sesama kaum di India.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.