Tiada apa yang memungkinkan seseorang itu lari dari tanggungjawabnya dalam membesarkan anak, walaupun mengalami kekurangan diri seperti kisah lelaki yang admin ingin kongsikan ini.
Menerusi sebuah video yang tular di X, pemilik video telah meluahkan rasa kagum apabila bertemu dengan seorang lelaki kurang upaya yang tidak mempunyai tangan dan kaki mengendong anak perempuannya.
Menurut video tersebut, ‘abang’ ini telah diajak makan di sebuah restoran bersama-sama anaknya oleh perakam video.
Dari cara makan saja, aku tahu abang ini memang bukan seorang yang putus asa. Cara dia makan pun boleh buat aku sebak,” katanya.
Artikel berkaitan: “Awak hebat sangat” – Netizen Terharu Lihat Remaja OKU Aniq Cari Rezeki Jual Air Berperisa
Artikel berkaitan: “Masih minta nak solat” – Wanita OKU Sukar Berjalan Didakwa Dihantar Ke Rumah Kebajikan Seorang Diri
Lelaki OKU berkenaan mula berkongsi kehidupan peritnya menjaga anak seorang diri apabila isterinya meninggal ketika dalam pantang selepas melahirkan anak.
Abang ni seorang sahaja yang membesarkan anak perempuannya dalam keadaan tiada kaki dan tangan.
“Masa dia suap anak dia tu weh, jatuh air mata jantan aku,” katanya.
Seorang insan yang tiada kaki dan tangan, membesarkan anaknya seorang diri, sangat cekal & hebat 😭🤲🏻
semoga adik dah besar nanti belajar pandai2, beri kesenangan pada ayah & dapat balas segala jasa ayah.
terima kasih pakcik dah mengajar saya apa erti syukur dan rasa cukup… pic.twitter.com/dvVnMy8voh
— ًِ (@bckupacc99) September 9, 2024
Selesai makan, lelaki tersebut menawarkan diri untuk membayar makanannya sendiri namun ditolak oleh pemilik video.
Menurutnya, pertemuan tersebut telah banyak memberi pengajaran dalam hidupnya.
Terima kasih, abang. Dalam pertemuan ringkas cepat abang ajar saya banyak benda. Semoga dipermudahkan urusan abang,” katanya lagi.
Video tesebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa simpati dan kagum dengan kegigihan lelaki ini dalam membesarkan anak.
Menangis min tengok video. Semoga abang ini dan anaknya baik-baik sahaja hendaknya.
Sumber: X