in

Jarang Kita Dengar, Tapi Wanita Ini Ucap Tahniah & Doakan Kebahagiaan Buat Bekas Suami

bekas suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, kisah perceraian sering dikaitkan dengan konflik, dendam dan air mata.

Namun, berbeza pula kisah yang dikongsikan wanita ini apabila dia dengan penuh tenang dan berlapang dada mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, Wahida Shukeri tampil menjelaskan status hubungannya selepas netizen mula membuat spekulasi susulan gambar perkahwinan bekas suaminya, Dr Khairy, yang tular baru-baru ini.

“Cerai kami dah setahun lepas, 7 Mei 2024. Amicable. Tak bergaduh, tak ada drama. Kami sama-sama letih nak bertelagah, kami ada lebih banyak perkara untuk difokuskan. Yang paling penting, Aishah dan Akif tak boleh jadi mangsa emosi,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Wahida menjelaskan mereka masih berkawan baik dan mengamalkan co-parenting seperti biasa demi anak-anak.

Malah, anak-anak turut dimaklumkan awal tentang perkahwinan baru bapa mereka.

“Saya tanya Aishah, ‘Do you know Papa is getting married?’ Dia jawab, ‘Yeah, we know. Papa said you’re okay, Mami.’ Yes, darling, we both are,” katanya.

Artikel berkaitan: Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Punca Cerai, Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Sejak Awal Perkahwinan

Artikel berkaitan: Isteri Senaraikan 10 Alasan Failkan Cerai, Edika Yusof Sangkal Dakwaan Kasari & Menghina

495533191 10213216960254622 9161272856276976500 n
Antara gambar yang dikongsikan Wahida di laman Facebooknya sekaligus menjadi bukti bahawa perpisahan tidak semestinya bermusuh

Lebih menyentuh hati, Wahida turut menyifatkan bekas suaminya sebagai lelaki paling setia dan baik yang pernah dikenalinya, malah tetap dihormati seluruh ahli keluarga meskipun hubungan suami isteri mereka telah berakhir.

“Dr K was a loyal man. His kindness is beyond words. My whole family loves him. Masa kami umum cerai, mak saya terus kata ‘mesti kak Nor salah ni’. Macam saya bukan anak kandung pula!” katanya.

Malah, adik-beradik bekas suami juga masih menganggapnya sebagai keluarga.

Salah seorang adik-beradik bekas suaminya juga sempat membalas mesej Wahida dengan berkata, “Tapi boleh tak saya tetap jadi kakak awak sampai bila-bila?” yang menunjukkan hubungan kasih sayang antara mereka masih erat walaupun ikatan sebagai ipar telah berakhir.

Bila ditanya kenapa berpisah jika semuanya masih baik, jawapan Wahida cukup matang.

“Tiada sebab mutlak. Perkahwinan sepatutnya saling membahagiakan. Bila satu pihak saja yang memberi, ia takkan kekal. Kami bermula dengan cinta, dan kami tamatkan juga dengan cinta.”

Di akhir nukilannya, Wahida sempat menitipkan ucapan ikhlas buat bekas suami dan isteri barunya, Nurul:

“To Dr K, once the love of my life – happy married life with Nurul. You are the luckiest woman alive. Dr K is the perfect man. Just… not meant to be mine.”

Posting tersebut nyata menerima reaksi hangat daripada netizen yang rata-rata kagum dengan kedewasaan dan ketulusan hatinya.

Malah, ramai menganggap Wahida sebagai contoh wanita matang dan berhati besar, sesuatu yang jarang kita lihat dalam kisah perpisahan.

“Semoga Wahida juga dipertemukan dengan bahagia yang telah Allah simpan untuknya. Kerana wanita begini, pantas menerima yang terbaik,” kata salah seorang pengguna Facebook.

Kredit: FB Wahida Shukeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.