in

Jarang Dilihat Orang, Ini Rupanya Cara Ketam Bersalin Cengkerang

F4 Ketam Salin Cengkerang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda lihat ketam bersalin cengkerang? Kalau tak pernah, jom kami kongsikan momen-momen rare haiwan laut itu menukarkan cengkerang.

Video detik-detik jarang dilihat oleh manusia itu telah sempat dirakam sebelum dikongsikan di Facebook Daily Mail baru-baru ini.


Dalam video yang berdurasi selama empat minit itu, dapat dilihat proses ketam bertukar cengkerang itu memakan masa yang agak lama kerana ketam itu menolak keluar badannya dari cengkerang lamanya.

Artikel Berkaitan: “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Senaraikan 9 Tempat Makan Sedap & Murah, Ramai Netizen Excited Nak Pergi Hat Yai

Menurut penjelasan dalam video terbabit, ketam perlu bersalin cengkerang, sama seperti manusia perlu menukar baju apabila badan kita makin besar, jadi baju lama dah tak muat.

8 1

Proses ini dipanggil sebagai molting dalam bahasa Inggeris atau ganti kulit jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

Sehari sebelum proses molting ini, ketam tersebut akan menyerap air laut masing agar badannya akan kembang.

10 2

Apabila kembang, ia akan memudahkan haiwan laut ini untuk menolak keluar badannya dari cengkerang lama.

Difahamkan juga, cengkerang baru ketam memang akan lembut pada awalnya, namun selepas beberapa hari hingga sebulan, cengkerang tersebut akan menjadi keras.

Sumber: Facebook Daily Mail

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.