Menjadi seseorang selebriti ini bukanlah sesuatu yang mudah, kebanyakan dari mereka ini mendapat pendapatan berdasarkan job yang mereka dapat, bukanlah bulanan seperti pekerjaan biasa.
Seorang pendakwah bebas baru-baru ini berkata dia menjadi ‘mangsa’ sebuah stesen TV apabila dia tidak mendapat bayaran kerja yang sepatutnya seperti yang dijanjikan.
Artikel berkaitan: “Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita Didakwa Mangsa Rogol Pendakwah Terkenal Respon Pasal Isteri Keguguran
Artikel berkaitan: Dikecam Pilih Kasih, Ibu Kesal Stesen TV Sengaja Edit Konten Sensasi Demi ‘Rating’?
Menurut laporan Harian Metro, stesen TV tersebut gagal membayar penuh bayaran yang dianggarkan sebanyak puluhan ribu ringgit kepada pendakwah berusia awal 30-an itu.
Malah, ianya lebih menyedihkan apabila pendakwah tersebut dikatakan sudah mati akal dan tidak tahu ingin bercerita kepada siapa berkenaan masalah yang dihadapinya ini kerana risau berita sebegini akan mengganggu periuk nasinya.
Lalu, pendakwah tersebut memilih untuk menceritakan hal ini kepada rakannya yang juga seorang selebriti.
“Stesen TV itu berhutang dengannya dengan jumlah yang banyak. Dia sudah tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa lagi,” kata seorang sumber.
Pun begitu, difahamkan pendakwah bebas itu masih belum dapat dihubungi untuk menjawab permasalahan yang dialaminya itu.
Hmm, janganlah buat orang macam tu…
Sumber: Harian Metro