in

“Janji hati puas” – [VIDEO] Akibat Enggan Bayar Denda, Lelaki Tergamak Hancurkan Kunci ‘Clamp’

Kereta Kena Clamp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai pengguna jalan raya yang masih degil dan tak mahu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib sehingga boleh menyusahkan orang lain. Mereka lebih memilih untuk menyelesaikan isu yang timbul dengan bertindak agresif daripada berbincang dengan baik.

Baru-baru ini, melalui perkongsiaan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @saberiisa15, kelihatan seorang lelaki bertelingkah dengan 2 orang pengawal keselamatan wanita di sebuah tempat letak parkir.


@

♬ –

Video berdurasi 45 saat itu turut memaparkan 2 orang pengawal keselamatan wanita berjalan ke arah sebuah Honda CR-V dan mengambil sekeping kertas di atas cermin utama kereta di sebelahnya. Kemudian, seorang lelaki yang dipercayai pemilik CR-V berkenaan terus masuk ke dalam kenderaan, mungkin malas untuk memanjangkan isu.

Jelas kelihatan bahawa tayar hadapan sebelah kanan telah dikunci dengan clamp berwarna kuning. Berbeza dengan orang lain yang meminta kunci itu dibuka, dia sebaliknya terus mengundurkan kereta.

4 1

Tindakan itu menyebabkan arca roda pecah, sebelum clamp itu tercabut dan tersangkut sekejap di bahagian bawah kenderaan. Pemandu itu kemudian bertindak meneruskan perjalanan dan melanggar clamp yang nyata sudah rosak dan hancur. Namun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian ini berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengatakan bahawa lelaki tersebut mempunyai ego tinggi serta ramai berpendapat yang lebih baik bayar kos denda berbanding bayar kos kerosakan kereta yang tentunya lagi tinggi.

Ingat tau korang, jangan bersikap pentingkan diri sendiri dan sentiasa patuhi peraturan ditetapkan!

Baca: “Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU”

Bawah 10

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.