Sejak akhir-akhir ni, kegilaan terhadap minuman bubble tea nampaknya kian menjadi-jadi lepas banyak kedai menjual minuman tersebut muncul bagai cendawan lepas hujan.
Antara bubble tea yang famous dan tengah top sekarang ialah seperti The Alley, Xing Fu Tang dan lain-lain. Pun begitu, baru-baru ni, seorang netizen di Facebook tiba-tiba mempertikaikan status halal kedai bubble tea di atas. Aik tak halal ke??
“Minuman Xing Fu Tang dengan The Alley halal ke?”
Menerusi perkongsian netizen ini, dia mula berasa ragu-ragu untuk mencuba minuman bubble tea daripada 2 kedai ini iaitu The Alley dan Xing Fu Tang oleh kerana status halal mereka yang agak samar-samar.
Tambah netizen yang dikenali sebagai SM ni, bila diperiksa dekat laman web Halal Jakim, ternyata tak ada pulak data mengenai sijil halal yang diperolehi mereka.
“Kena titik beratkan makanan yang masuk dalam badan kita yang jadi darah daging”
“Cik kak cik abang, ni adalah logo halal bagi negara Taiwan, bukannya logo halal produk air tersebut”
Disebabkan isu air bubble tea ni agak panas, ramai netizen mula menyelar kenyataan SM ini dengan menunjukkan sijil halal yang diperolehi Xing Fu Tang dari negara pengeluar mereka iaitu Taiwan.
Tapi kata si SM, sijil ni bukannya bukti kukuh yang mengatakan kedai bubble tea tersebut sebenarnya halal. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama pihak Xing Fu Tang telah menjawab persoalan netizen lain dengan mengatakan produk mereka mempunyai certificate halal Taiwan dan tidak menggunakan bahan yang ada unsur-unsur babi.
“Janganlah sebab tulisan cina kita nak cop terus jadi tak halal”
Sungguhpun penjelasan telah diberi pemilik posting ni, ramai di antara netizen masih tidak bersetuju dan menganggap tak semestinya kalau kedai tu ada tulisan cina, kita cop kedai tu tak halal kan? Menurut netizen, kedai tepi jalan pun tak ada sijil halal tapi masih juga ramai yang ke sana.
Bagi admin, apa-apapun terpulanglah kepada diri korang sendiri sama ada nak masih minum atau tidak. Kalau yakin halal, minumlah. Tapi kalau korang rasa was-was, eloklah jauhkan diri daripada perkara syubhah. Kalau teringin, minumlah Tealive dan Chatime je kay?