Baru-baru ini, seorang pemain badminton dari China, Zhi Jie meninggal dunia ketika perlawanan akibat serangan jantung di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta.
Dalam rakaman video insiden yang tular di media sosial, mangsa dilihat tiba-tiba rebah dan beberapa ketika baru pasukan perubatan memberikan bantuan kecemasan.
Netizen yang melihat rakaman itu mengecam tindakan pasukan perubatan yang didakwa bertindak lambat dan kelihatan teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.
Artikel berkaitan: “Rebah kemudian sawan” – Pemain Badminton U-17 China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan
“Respon yang betul, cepat dan tepat”
Mengulas mengenai insiden itu, pegawai perubatan dan pempengaruh media sosial, Dr Malar berkata sesiapa saja yang berdepan situasi cemas perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu dan tidak perlu takut untuk melakukan prosedur berkenaan.
Jelas Dr Malar, apa yang penting dalam situasi seperti itu adalah respon yang betul, tepat dan cepat. Beliau berkongsi beberapa tips yang perlu dilakukan jika berhadapan situasi mangsa mengalami serangan jantung.
“First sekali kena check response. Kalau tak ada response, ada dua ayat yang anda kena jerit.
“Ayat pertama adalah ‘dapatkan bantuan’ dan ayat kedua adalah ‘bawa AED’. Lepas dah jerit kedua-dua ayat tersebut, anda sendiri perlu mulakan CPR.”
@drmalarss SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalarcolumbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia
Ujarnya, bantuan CPR perlu diberikan dengan segera dan pastikan ada orang lain yang boleh menggantikan anda sehinggalah bantuan profesional seperti ambulans atau paramedik sampai.
Dr Malar juga memaklumkan, sesiapa yang memberikan bantuan kecemasan, termasuk CPR dalam situasi yang mengancam nyawa, tidak boleh didakwa atau disaman walaupun mangsa mungkin mengalami kecederaan.
Beliau juga berpesan agar segera beri bantuan jika berdekatan dengan mangsa kerana itu juga adalah tanggungjawab kita.
“Ya, kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha dan buat apa-apa pun. Terus melopong berserah pada takdir. Bagi saya, itu salah,” katanya.
Susulan insiden itu, Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) memohon maaf dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
Sumber: TikTok