in

“Jangan tengok. Jangan kecam online!” – Shahrulezad Mohon Warganet Abaikan Lagu Raya Merepek Tahun Ini

Ft Shahrulezad Nasihat Jangan Layan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu raya zaman sekarang pun dah boleh tahan sedapnya jika nak dibandingkan sebelum ini. Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang tiada kaitan dengan industri seni suka buat lagu raya yang undang kontroversi.

Kemudian video tersebut menjadi perbahasan dan kecaman netizen di media sosial yang secara tidak langsungnya memberi keuntungan pada pihak tersebut. Kitaran yang sama ini boleh dikatakan terjadi setiap tahun.


Oleh sebab itu, pengarah, Shahrulezad Mohameddin memohon kepada orang ramai agar kitaran ini dihentikan.

 

“Kejap lagi akan lalu lalang lah satu video klip raya yg bakal triggered korang. So my advice. Dont click.”

Kata Shahrulezad menerusi Facebook miliknya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak klik menonton klip raya yang secara terang-terangan bakal menjadi kecaman. Nasihatnya lagi, jangan memberikan sebarang komen pun untuk mengutuknya.

“Buat bodoh dan krik krik jer sebab segala respond kita pada klip tersebut sebenarnya akan push lagi lagu itu ke atas and get more attention.”

“Bukan abam yang cakap tapi algorithm yang cakap. Kalau klip tersebut dipandang sepi macam kita lintas laju laju depan tanah kubur lagi bagus. Sebab kalau korang respond dia akan bagi lagi banyak exposure pada klip bod*h tu.”

Katanya, golongan ini memang mengharapkan kontroversi kerana ramai orang akan ambil tahu. Ia sekaligus menjadi tumpuan di media.

https://www.facebook.com/shahrulezad/posts/pfbid0N3YmSzpMts1JgYtyzQe46vCpYFcRy1ZBhfQi7vk1yX39uKidcdWZuesaakyVxvWnl

“Cita-cita diorang akan tercapai untuk kekal relevan and stay on top dengan cara murahan di sebabkan kebodohan kita yang memberi respond atau publisiti percuma pada si mang** yang tak serik serik ni.”

Tambahnya, kalau nak report pun buat senyap-senyap dan tak perlu dicanangkan. Shahrulezad berkata, ini adalah cara untuk kita ajar golongan-golongan ini untuk tidak mengambil kesempatan dengan kemarahan kita sebagai modal untuk mereka kaut populariti dan keuntungan.

Screenshot 2023 03 30 110828

“Ni bukan kali pertama diaorang bodohkan kita tapi dah banyak kali dah. Just ignore jer. Dan jangan layan drama air mata yang bakal muncul bila korang kecam dia. Scroll jer laju laju.”

Bagaimanapun, Sharulezad akui kenyataan terbuka yang dibuat ini juga ada memberikan impak kepada warganet untuk rasa ingin tahu tetapi dia mengatakan tiada pilihan lain kerana setiap tahun golongan ini akan membuat sesuatu untuk cuba provok kita.

Namun begitu, dia perlu membahaskan perkara ini bagi membendung taktik mereka daripada berterusan kerana baginya kita akan terus diperbodohkan oleh mereka yang hanya mendatangkan dosa.

Screenshot 2023 03 30 110836

“Abang serba salah sebenarnya nak tulis macam ni sebab abang tahu sedikit sebanyak posting abam akan membantu publisiti benda bod*h ni. But I have no choice to advocate u guys how to respond dengan keb*ng*n*n ni. I promise I will never highlight this issue again.”

Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang boleh ‘hidu’ ianya ditujukan kepada siapa, bagaimanapun mereka enggan mendedahkan siapakah gerangannya dan ambil cakna dengan nasihat yang diberikan ini.

Screenshot 2023 03 30 134739

Apapun, harap perkongsian ini dapat membantu untuk kita didik diri kita daripada memberikan sokongan kepada golongan itu, bak kata Sharulezad  “selain jaga puasa. Tolong jaga algorithm medsos anda.”

Baca : “Mencemarkan baju Melayu” – Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Baharu Aliff Syukri

Aliff Syukri Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.