Pelakon dan usahawan terkenal, Uqasha Senrose, tampil memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak mengaitkan anaknya dalam sebarang isu peribadi atau konflik rumah tangga yang sedang melanda dirinya dan suaminya, Kamal Adli.
Menurut Uqasha, anak perempuannya yang baru berusia setahun tidak wajar dijadikan bahan spekulasi atau dijadikan topik dalam sebarang perbincangan berkaitan perceraian mereka.
Artikel berkaitan: Uqasha Senrose Didakwa Sudah Fail Cerai Pada 1 Oktober Lepas?
Artikel berkaitan: “Kalau tiada, inilah pengakhiran Uqasha” – Peguam Jawab Punca Uqasha Senrose Fail Cerai
“Jangan sentuh anak saya. Tak ada kena mengena dengan anak. Dia umur setahun nak tanya apa,” tegasnya.
Kenyataan itu sekaligus menjelaskan pendiriannya bahawa isu rumah tangganya hanya melibatkan dirinya dan Kamal semata-mata, tanpa perlu menyeret anak mereka, Hawra Uqaira, ke dalam perhatian umum.
View this post on Instagram
Uqasha, yang kini berusia 33 tahun, turut menzahirkan rasa terkilan apabila ada pihak yang cuba mengaitkan anak kecilnya dengan pergolakan rumah tangga yang sedang berlaku.
Katanya, apa jua yang berlaku antara dirinya dan Kamal biarlah diselesaikan secara matang dan profesional tanpa menjejaskan kesejahteraan anak mereka.
Dalam pada itu, peguam Uqasha, Nurfarhana Abd. Manaf, menjelaskan bahawa anak guamnya enggan menyentuh sebarang hal berkaitan anak ketika proses perceraian berlangsung.
Katanya, fokus utama Uqasha kini hanyalah terhadap isu ketiadaan persefahaman antara pasangan berkenaan, dan beliau mahu segala urusan diselesaikan dengan tenang.
Sumber: Kosmo!