in

“Jangan sedap mulut” – Ustaz Kazim Tak Setuju Wanita Kahwin Suami Orang Dilabel ‘Penyondol’

tegur label penyondol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes gangguan rumah tangga yang berpunca daripada orang ketiga menjadi topik hangat di media sosial, gelaran ‘penyondol’ sering menjadi bualan orang ramai sehinggakan ada yang menyalah tafsir gelaran tersebut.

Bagi pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias al-Hafiz, beliau tidak bersetuju wanita yang berkahwin dengan suami orang digelar sebagai penyondol. Katanya, gelaran itu memberi gambaran yang buruk terhadap perkara yang dihalalkan dalam Islam.


Beliau menegur tindakan segelintir pihak yang melabelkan wanita berkenaan sebagai penyondol sedangkan di sisi syarak, keadaan itu dibolehkan.

1969084

“Siapa kita nak label wanita itu sebagai penyondol, sedangkan Allah SWT sudah menghalalkan perkara berkenaan apabila lelaki itu berkemampuan.

“Baginda Rasulullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan?

“Jangan kita sedap mulut saja kerana geram atau marah, sedangkan istilah itu sangat tidak sesuai,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro.

“Siapa kita ingin lawan ketetapan yang dibuat Allah SWT”

Tambahnya, trend memberi gelaran penyondol dilihat sangat membimbangkan apabila ramai dalam kalangan wanita terbawa-bawa emosi mereka dengan melabelkan wanita yang berkahwin dengan suami orang ini sebagai penyondol.

Jelasnya, ramai bertindak seolah-olah ingin melarang dan memberi persepsi bahawa poligami ini buruk dan salah, sedangkan ia dibenarkan dalam Islam jika lelaki berkenaan berkemampuan.

“Siapa kita ingin lawan ketetapan yang sudah dibuat oleh Allah SWT. Jangan kita ikutkan emosi dan marah ini dengan melabelkan orang dengan sesuka hati kerana kita bimbang mungkin akidah kita yang menjadi taruhan kelak,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam menggunakan istilah gelaran kepada orang lain terutama mengenai perkara yang sudah jelas dibolehkan dalam Islam seperti isu poligami.

Baca: “2, 3 & 4 paling tersakiti” – Netizen Pertikai Kenyataan Wanita Ini Tentang Poligami
poligami

Sumber: majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.