in

“Jangan risaulah” – Bapa Bersuara Lepas Ditegur Doktor Bagi Anak Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam

Habiskan Ayam Gulai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial hari ini bukan sahaja menjadi tempat untuk melihat hiburan, malah menjadi platform perkongsian ilmu pengetahuan atau teguran daripada golongan profesional seperti doktor, peguam dan guru.

Baru-baru ini, tular sebuah video teguran daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Kenneth Wong yang memberi nasihat tentang isu pengambilan makanan.


Teguran itu dibuat selepas melihat sebuah perkongsian di TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang menjamu selera bersama ayahnya.

Artikel berkaitan: “Dah ada patient 20 tahun diabetic type 2” – Doktor Luah Rasa Bimbang Kadar Kesihatan Orang Muda Kita

Dalam video itu, kanak-kanak itu berjaya menghabiskan semangkuk lauk gulai kaki ayam sambil dirakam bapanya.

Jelas doktor tersebut, dia meluahkan rasa sedih melihat video terbabit kerana bimbang semakin ramai golongan anak kecil terdedah dan berdepan dengan masalah obesiti.

Kata Dr Kenneth, mungkin ibu bapa tidak menyedari kesan tabiat pemakanan si kecil pada waktu ini, namun dalam jangka masa panjang anak berkenaan akan mempunyai banyak masalah kesihatan.

“Kalau satu mana kenyang…”

Susulan teguran doktor itu, bapa kanak-kanak terbabit tampil memberi penjelasan tentang selera anaknya menikmati lauk itu.

Ujarnya, dia mengakui nasihat doktor berkenaan dan menjelaskan kuantiti makanan tersebut tidaklah terlampau berlebihan.

“Alamak, doktor ini sedih pula tengok bang aji makan. Tapi doktor ini bagi nasihat semua betul.

“Memang betul bang aji makan kaki ayam satu mangkuk. Tapi dalam mangkuk tu ada enam batang saja kaki ayam. Kaki ayam tu kecil saja. Kalau satu mana kenyang. Dia makan enam batang.

Dalam pada itu, dia meminta agar mereka yang prihatin tidak risaukan tentang kesihatan anaknya kerana dia yang mengawal pemakanan anaknya.

“Dia makan dengan nasi, tapi tak habis pun. Jangan risau tentang bang aji. Dia sihat saja. Dia makan masakan yang ibu dia masak yang mana kurang gula dan kurang garam.

“Di rumah bang aji, gula sekilo tahan tiga bulan. Percaya ke tidak. Cuba komen. Jangan risau, doakan kesihatan bang aji,” katanya.

@wan.belida.official

#fypシ゚viral #fyp #aniq

♬ bunyi asal – wan belida official – wan belida official

Si bapa pun sudah beri penjelasan. Pasti si bapa lebih tahu tentang anaknya.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.