in

Jangan Panik, COVID-19 Tidak Tersebar Menerusi Makanan – WHO

Untitled Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung kemungkinan penularan COVID-19 menerusi makanan.

Kebimbangan itu tercetus susulan satu laporan daripada China beberapa hari lalu, yang mendakwa telah mengesan virus itu pada sampel permukaan kepak ayam sejuk beku yang diimport dari Brazil.


Menurut Medical Xpress, setakat ini tiada sebarang bukti bahawa jangkitan itu boleh disebarkan menerusi makanan.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata — orang ramai sudah terlalu takut dengan pandemik tersebut, justeru mereka tidak perlu ditakutkan lagi dengan kebimbangan berlakunya gelombang penularan baharu melalui makanan.

Sebelum ini media melaporkan, pihak berkuasa China menemukan COVID-19 pada sampel makanan sejuk beku dalam rutin pemeriksaan harian mereka.

Susulan penemuan itu, ujian saringan dijalankan ke atas setiap petugas yang bersentuhan dengan produk berkenaan — namun semua hasil ujian didapati negatif.

Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove pula berkata — pihaknya sedia maklum mengenai rutin pemeriksaan yang dilakukan China dan kemungkinan untuk COVID-19 dikesan dalam ratusan pemeriksaan sampel itu adalah sangat rendah.

 

Baca: Terjejas Teruk Dengan COVID-19, Kepak Ayam Yang Diimport Dari Brazil Didapati Positif Coronavirus

Covid Kepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.