in

“Jangan palatao” – Bank Susah Nak Bagi Pinjaman Lepas Keluar Simpanan KWSP? Ini Penjelasan Bank…

keluar duit kwsp bank chop kewangan tak stabil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini yang menyatakan persetujuan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 telah memberi sinar baru kepada rakyat yang terkesan dengan situasi pandemik ini.

Sungguhpun perkara ini merupakan berita baik buat semua, timbul pula kekecohan di media sosial yang mendakwa kononnya individu yang ‘suka-suka’ mengeluarkan simpanan KWSP ini akan menyebabkan status kewangan mereka dianggap ‘tidak stabil’. Alamak ye ke ni? 


kwsp epf 6 22012020

 

“Bank akan chop korang as financially unstable” 

Menurut mStar, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan pandangannya dengan mengatakan pengeluaran KWSP ini bukan saja menyebabkan status kewangan dianggap tidak stabil, malah pihak bank juga susah nak bagi pinjaman kepada pencarum ini.

kwsp feud

Tweet tersebut walau bagaimanapun telah dipadam kerana ramai yang mengecam individu berkenaan kerana ia dianggap misleading dan pihak bank tidak membuat garis panduan berkenaan.

 

“Tak menjejaskan pemarkahan kredit dan kelulusan pinjaman” 

Meskipun individu berkenaan mengatakan isu ini hanya tertakluk kepada bank seperti RHB Bank, tweet berkenaan kemudian mendapat balasan dari RHB Banking Group sendiri yang menafikan dakwaan tersebut.

Jelas bank tersebut, pengeluaran KWSP termasuk pengeluaran khas tidak akan menjejaskan dalam penilaian permohonan pembiayaan.

jawapan bank

Berhubung isu ini, sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran KWSP termasuk pengeluaran khas tidak menjejaskan permarkahan kredit pelanggan dan kelulusan pinjaman,” jelas Twitter RHB Bank.

Apa-apapun diharapkan pengeluaran KWSP ini dapatlah meringankan beban mereka yang memerlukan di kala dihimpit pelbagai masalah kewangan ketika pandemik melanda. 

Baca: [TERKINI] Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Sebanyak RM10k – PM

kwsp

Sumber: mStar
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.