in

“Jangan normalisasikan maksiat” – Agamawan Didakwa Tegur ‘Fenomena BASS’?

dr ahmad sanusi tegur BASS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agamawan dan juga ahli akademik di IIUM, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, hari ini ada memuat naik posting di media sosial menegur orang ramai untuk tidak menormalisasikan maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Menurutnya, kita dilarang untuk membiasakan kelakukan bertepuk tampar sesama pasangan yang belum mempunyai sebarang hubungan yang sah kerana ia dicegah dalam Islam.


Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta namun mereka seronok berpegangan tangan. Sabda Rasulullah: 

“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani),” tulisnya.

UstazSanusi e1550630366892

Perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana individu yang melakukan itu merupakan seseorang yang dikenali ramai dan dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah.

Tambahnya, sekiranya perbuatan melakukan maksiat diikuti oleh anak muda yang lain, makanya individu itu akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu.

Bagi orang awam pula, janganlah menunjukkan sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Jangan pula kita berkongsi dan turut menyebarkan kerosakan ini. Malah kerosakan yang disenyapkan ini mengundang azab Allah. Sabda Rasulullah:

“Tidak ada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)
“Semoga Allah membimbing kita,” tulisnya lagi.

Artikel berkaitan: “Ayden pun ikut sekali” – Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Baju Sedondon Lagi!

Artikel berkaitan: “Nak bawa jumpa ke?” – Pilihkan Tudung, Netizen Agak Syed Saddiq Nak Bawa Bella Jumpa Umi?

Netizen setuju teguran agamawan, syak ia ditujukan kepada BASS

Teguran yang dinyatakan Dr Ahmad Sanusi ini bersama imej di posting tersebut membuatkan netizen tertanya-tanya kepada siapakah ia ditujukan.

Rata-rata dapat mengagak ia ditujukan terhadap Syed Saddiq dan Bella Astillah menerusi imej yang disertakan dan kebanyakannya juga bersetuju dengan teguran itu meskipun ia amat perit untuk diterima.

KOMEN BASS

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.