in

“Jangan nak terpaling suami awak seorang yang jaga” – Abang Tesla ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Tak Jaga Isteri Pertama Keguguran

Ft Kie Vs Tesla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh, Kieda Crepe baru-baru ini ada membuat dakwaan dengan mengatakan bahawa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya ketika sedang berpantang selepas keguguran.

Dakwanya lagi, Abang Tesla lebih mengutamakan isteri keduanya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung mereka.


Artikel berkaitan : Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Ada Yang Tuduh Isteri Kedua Abang Tesla Cuba Bolot Harta?

Artikel berkaitan : “Jagalah jari kamu” – Dikecam Sebab Tak Cukup Rehat Sampai Gugur Kembar 3, Kieda Crepe Bersuara

“Kak Maj, saya gugur suami support, kau gugur kau kawal mental health seorang diri. Sedangkan suami kau sibuk melayan isteri yang lahirkan anak. Kau pun boleh bagi anak tapi orang buat kau macam tak ada perasaan.”

“Kau tu pertahankan tin kosong. Tak suka la macam ni Kak Maj,” kata Kieda Crepe menerusi satu mesej perbualan di Instagram di Insta Story.

Screenshot 2024 09 02 182911

Bagaimanapun, Gempak melaporkan bahawa perkongsian itu telah pun dipadamkan. Terpanggil dengan kenyataan tersebut Abang Tesla tampil bagi respon untuk menepis dakwaan Kieda. Malah, dia turut mengatakan bahawa dia ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap Kieda.

“Awak boleh pergi tanya sendiri dia, pergi tanya pihak hospital. Saya dengan da. Tapi saya tak pernah buat video macam awak terpaling ada suami.”

Screenshot 2024 09 02 182944

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian, kami mendapati yang Abang Tesla juga telah memadamkan kenyataan itu. Hurm harap isu ini diaorang nak settlekan semasa sendiri.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.