Macam yang korang tahu, kes resepsi perkahwinan Illi Najwa dan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar yang berlangsung minggu lepas telah mendapat perhatian yang meluas dari netizen dan rata-ratanya ada yang mengatakan wanita itu telah murtad ekoran cara pasangan ini berkahwin mengikut adat Punjabi.
Ekoran ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad meminta agar netizen terutamanya umat Islam untuk tak sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu murtad hanya berdasarkan khabar angin, lapor FMT.
“Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukum seseorang yang berbangsa Melayu murtad hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya.”
Tambahnya lagi, beliau percaya kerajaan dapat menangani isu ini dalam masa terdekat lebih-lebih lagi bila kes ini telah pun mendapat perhatian dari Sultan Johor sendiri.
Tak cukup dengan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary pula berkata, beliau difahamkan wanita berasal dari Johor itu masih beragama Islam, dan kerajaan belum menerima permohonan daripadanya untuk berkahwin di luar negara.
Sebelum ini, Sultan Johor menerusi kenyataannya juga turut meminta agar semua pihak untuk tak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan yang pra-matang mengenai berita ini.
Titah baginda lagi, sekiranya masyarat terus menghukum Illi Najwa, ia akan membuat wanita itu tak mahu kembali ke negara asal dan menjarakkan jurang antara dia dan keluarganya yang ada di Malaysia.
Kita manusia takkan lari dari kesilapan kan? Lagi pun, kita pun bukan siapa-siapa nak menghukum orang.