in

“Jangan mengamuk” – Kantoi Ada Kekasih Lain, Ini 9 Cara Nak Ajar Pasangan Curang!

collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Curang merupakan satu-satunya perkara yang paling sukar sekali untuk dimaafkan, bukan itu sahaja, hubungan juga sukar untuk diperbaiki sekiranya perkara ini berlaku tak kiralah untuk pasangan yang dah lama berkahwin atau yang baru bersama.

Bila kita dapat tahu pasangan kita mempunyai hubungan sulit, ia boleh membuatkan dunia kita hancur lebih-lebih lagi kecurangan ini turut memusnahkan kepercayaan yang kita berikan kepada pasangan selama ini.


Bila korang dapat tahu pasangan korang curang, korang akan dilanda dengan pelbagai emosi, terkejut, tak percaya, sedih, marah dan macam-macam lagi. Ekoran ini, ramai orang yang berdepan dengan situasi ini tak boleh berfikir panjang dan mula buat perkara yang mungkin akan disesali di masa hadapan.

Jadi artikel ini akan senaraikan beberapa perkara yang korang boleh buat sejurus selepas korang dapat tahu bahawa pasangan korang ada orang ketiga.

shutterstock 2021616968

1. Jangan pendam perasaan

Kebanyakan kes, ramai orang tak berikan masa untuk mereka merasai emosi itu dengan diri sendiri. Jika ketika itu korang rasa nak menjerit, jerit dekat bantal dan bukan dekat pasangan. Kalau rasa nak nangis, korang patut nangis sepuas-puasnya. Proses ini memang menyakitkan, tapi ia merupakan permulaan pertama untuk korang sembuh dari kekecewaan ini.

2. Kumpul bukti

Kadang-kadang kita gemar dengar cakap-cakap orang dan kerana ikutkan perasaan, kita telah menuduh pasangan kita melakukan perkara yang mungkin dorang tak buat. Jadi seeloknya, kalau korang syak pasangan korang curang, cuba kumpulkan bukti.

Dengan cara ini juga, bila korang bersemuka dengan pasangan korang, dorang tak boleh nak berdalih atau menipu sekiranya bukti yang korang berikan memang mencukupi.

3. Nilai situasi

Keutamaan utama apabila dapat tahu pasangan curang adalah diri korang sendiri. Korang kena fikir adakah korang rasa selesa untuk berada di tempat yang sama dengan pasangan? Kalau tak, korang cari tempat selamat sementara korang selesaikan masalah kecurangan yang berlaku ni. Korang kena pastikan yang korang berada di persekitaran yang stabil supaya korang boleh teruskan kehidupan seharian.

4. Bertenang

pexels mart production 7699511

Memang sukar untuk kawal perasaan bila kita tahu pasangan kita curang. Jadi apa yang korang boleh lakukan adalah pastikan emosi korang terkawal semasa bersemuka dengan pasangan korang.

Korang kena ingat, perkara pertama yang mungkin pasangan korang akan buat adalah menafikan kecurangan tersebut, jadi korang tunjukkan bukti-bukti yang korang dah kumpul dan minta jawapan yang jujur dari pasangan.

Ketika pasangan berikan keterangan, korang cuba untuk dengar dan jangan buat sebarang andaian. Walaupun korang tak nak tahu semua perkara yang dorang buat dekat belakang korang, korang perlu memahami kenapa pasangan korang memilih untuk curang.

5. Jangan salahkan diri sendiri

Jangan pernah salahkan diri sendiri atas kecurangan pasangan korang. Apa yang korang kena ingat, walaupun korang rasa diri korang ada kekurangan sehingga membuatkan pasangan korang curang, pasangan yang curang tetap salah kerana dorang memilih untuk curang selepas membuat komitmen. Korang tak bertanggungjawab atas pilihan yang dorang buat.

6. Jangan cuba balas dendam

Bila korang disakiti, korang mesti nak pasangan korang rasa benda yang sama. Jangan buat perkara ni. Bila korang tengah marah korang akan bertindak di luar kawalan, dan jika korang buat sesuatu yang buruk, tindakan korang dah tak boleh diundur lagi. Kebanyakan masa, balas dendam tetap tak dapat buat korang rasa lebih baik.

7. Elak media sosial

Ini paling penting, zaman sekarang ni ramai yang beralih ke media sosial bila ada masalah. Jadi bila korang buat keputusan untuk beritahu media sosial tentang kecurangan pasangan korang bila tengah marah, dan kemudiannya buat keputusan untuk maafkan pasangan korang.

Atau pun, korang cuba post gambar bahagia masa korang ada masalah hanya untuk buat pasangan korang cemburu atau tunjuk yang korang okay tapi pada hakikatnya korang tak okay.

Simpan masalah korang untuk diri korang dan berikan diri sendiri masa untuk proses semua benda tanpa perlu melibatkan media sosial.

8. Jangan libatkan anak-anak

100523635 gettyimages 486417825

Situasi antara korang dan pasangan tak perlu libatkan anak-anak. Walaupun korang buat keputusan untuk bercerai, jangan burukkan pasangan dengan menceritakan perkara yang pasangan korang lakukan kerana ia akan membuatkan anak korang terpaksa untuk memilih di antara ibu atau bapa mereka.

Selain itu, jika korang beritahu anak-anak tentang kecurangan pasangan dan korang buat keputusan untuk memaafkan pasangan korang, perkara tersebut hanya akan membuatkan anak korang marah dengan keputusan yang dibuat.

9. Jangan buat keputusan terburu-buru

Jangan buat keputusan yang besar secara terburu-buru, bagi diri sendiri masa sekurang-kurangnya 24 jam. Korang perlu fikirkan arah mana yang korang nak pilih, sama ada nak maafkan atau nak lupakan pasangan korang.

Korang perlu buat keputusan sama ada kecurangan pasangan korang ni adalah sesuatu yang boleh dimaafkan atau tidak. Kalau korang ambil keputusan untuk maafkan, pastikan korang berbincang dengan pasangan tentang bagaimana untuk korang teruskan hubungan korang dan apa yang boleh pasangan korang lakukan untuk pastikan perkara ini tak berulang semula.

Ingat, keputusan untuk memaafkan dan berpisah terletak di tangan korang, jadi korang perlu fikirkan cara yang terbaik. Jika korang pilih untuk memaafkan, korang kena betul-betul usaha untuk maafkan pasangan korang.

Sumber: Very Well Mind

 

Baca: Pasangan Pernah Curang? Kajian Buktikan Mereka Selalunya Tak Rasa Bersalah!

collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.