in

“Jangan lari landasan” – Pablo Amirul Pernah Terjerumus Dalam Ajaran Sesat, Kini Lebih Fokus Ibadah

Syaz Ft 2024 08 19T165358.937

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai individu ditahan kerana terjebak dalam ajaran sesat iaitu Millah Abraham.

Sebelum ini, seorang pelakon terkenal tempatan, Pablo Amirul mengakui dia pernah terjebak dalam ajaran itu kerana terikutkan bekas teman wanitanya, kira-kira dua tahun lau.


Dalam sebuah temu ramah dengan Melodi TV3, Pablo Amirul atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri mengakui dia kini memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan kembali ke ajaran Islam yang betul.

Artikel berkaitan: Pablo Amirul ‘Expose’ Ajaran Sesat, Kekasih Pula ‘Disailang’ Ahli Politik?

Artikel berkaitan: Pemuzik Jalanan Dituduh Ajar Isteri Ajaran Sesat Millah Abraham, Kena Penjara Sebulan

“Alhamdulillah, selepas apa yang saya lalui sebelum ini sudah semakin pulih. Saya serahkan kepada orang di luar sana untuk menilai.

Mungkin sebelum ini kecoh dengan isu ajaran sesat yang berkait dengan saya tetapi sekarang ini saya nak berikan fokus kepada ibadah saya dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Ketika ini, saya hanya ikut apa yang wajib saja secara asasnya,” katanya.

Pelakon filem Polis Evo itu turut berharap agar tiada orang di luar sana yang terpesong dengan ajaran Islam sebenar.

Malah, dia juga berkongsi dia menerima pelbagai ancaman dari pihak luar memandangkan kesnya ini melibatkan banyak pihak.

Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi dia mendapat kekuatan untuk berdepan dengan orang ramai kerana ibunya.

“Cuma, kalau yang memberi kecaman dan ancaman kepada saya ialah manusia yang beragama Islam itu sendiri, siapa lagi yang patut saya percaya? Allah sajalah.

Saya tak pernah berputus asa sebab ibu saya. Ibu saya menerima saya seadanya di kala orang lain mengutuk saya. Sebab ibu saya jugalah saya buat ‘comeback’,” kongsinya.

Sebagai info, Pablo mendedahkan dia sudah dua tahun mengikuti ajaran sesat itu dalam satu sesi live di Facebook sekitar dua tahun lalu.

Semoga kita dijauhkan dengan perkara sebegini…

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.