Nampaknya isu Sajat ini bukan saja menjadi tumpuan rakyat Malaysia malah dah sampai ke negara luar!
Seorang ahli sarjana Turki yang sering mempromosikan hak kebebasan di dalam negara-negara Islam telah meminta pihak berkuasa Islam di Malaysia untuk memberikan respon yang betul pada keputusan Sajat untuk memakai pakaian wanita semasa melakukan umrah.
Menurut FMT, Mustafa Akyol mengatakan, Nur Sajat yang telah mencetuskan kontroversi dan reaksi marah dari ahli politik dan mufti selepas dia memuat naik gambar bertelekung di Masjidil Haram tak sepatutnya menjadi sasaran pihak berkuasa.
Sajat pergi Umrah tu dah menunjukkan yang dia seorang yang berpegang pada agamanya. Dia pun tak kacau Muslim lain masa dekat Tanah Suci. So, kenapa tak hormat cara dia?”
Bukan itu je, Mustafa turut berkata, orang-orang Islam perlu menerima golongan transgender sebagai sebahagian daripada ummah dan mencontohi pendekatan perundangan Syiah yang dilihat lebih praktikal dalam berurusan dengan orang yang mengalami kekeliruan jantina.
“Diketahui, ulama syiah telah mengambil langkah positif untuk isu seperti ini. Kerana itu, pembedahan tukar jantina bukan sahaja dibenarkan malah digalakkan di Iran.”
Kalau korang nak tahu, Iran yang merupakan negara Syiah adalah satu-satunya negara di timur tengah yang memberikan rakyat transgender pilihan untuk mereka memilih identiti jantina mereka.
Pada tahun 1986, ketua revolusi Islam 1979, Ayatullah Khomeini telah meluluskan fatwa yang membenarkan pembedahan penukaran jantina dan penggantian hormon sebagai prosedur perubatan yang diterima agama.
Akyol juga meminta masyarakat untuk lebih menerima komuniti transgender ini.
“Orang seperti ini wujud dan bukan saja pada hari ini malah sejak berkurun-kurun lamanya.”
Ada orang yang lahir dengan mengalami konflik dengan fitrah fizikal dan fitrah psikologi mereka.”
“Saya rasa, respon yang sepatutnya untuk isu seperti ini adalah untuk tak mendiskriminasi atau menghukum tapi memahami dan membantu.”
Saya percaya Nur Sajat perlu dibiarkan dan bukan dihina, dijadikan sasaran atau diban dari melawat Ka’abah.”
Baca: “Alhamdulillah saya tenang disini” – Terbaru Sajat Kongsi Video Sedekah Makanan Di Tanah Suci Mekah