Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang influencer TikTok tempatan yang dikenali sebagai Eyka hilang di hutan di Bandung, Indonesia.
Pun begitu, YouTuber, Ammar Nazhan serta Aras Abdullah memohon maaf dan mengakui kehilangan Eyka itu hanyalah content yang direka semata-mata.
Artikel berkaitan: “Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!
Artikel berkaitan: Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal
Seminggu selepas kekecohan itu, Eyka akhirnya tampil bersuara menerusi TikTok miliknya dan turut membuat permohonan maaf selain meminta orang ramai untuk tidak melibatkan keluarganya dalam hal ini.
“Apa yang ingin saya katakan, saya menerima banyak lontaran & makian terhadap saya tetapi saya meminta tulus dari hati jangan mengganggu ataupun menghina family saya sebab mereka tiada apa-apa kesalahan,” tulisnya.
Eyka turut mengucapkan terima kasih atas nasihat serta teguran yang diberikan kepadanya dalam hantaran tersebut. Ruangan komen hantaran yang dimuat naik semalam itu bagaimanapun dipadam.
Sebelum ini, Ammar Nazhan dan Aras Abdullah juga telah menulis surat kepada polis Indonesia bagi memeterai permohonan maaf serta mengaku bahawa kandungan yang mereka hasilkan itu hanyalah lakonan semata-mata.
Sumber: TikTok