Terjalak perahu boleh diundiur, terlajak update status dapat lah sceenshot, ada netizen yang bangga menunjukkan dapat balik KL dengan mudah semasa PKP dan dengan bangganya tayang tips untuk tipu polis telah mengundang padah apabila perkongsiannya yang tular itu diketahui pihak berkuasa.
Menerusi Berita Harian, polis sudah mengenal pasti ahli keluarga terbabit dan akan mengambil tindakan.
Jangan bangga dapat tipu polis”

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan orang ramai tidak sepatutnya berbangga melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya lagi, tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Pihak polis sudah mengenal pasti dan tindakan akan diambil. Tiada siapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, tambahan pula mereka mengaku (di laman sosial) ingkar kepada arahan dan peraturan di bawah PKP.”
Pesan beliau lagi, mereka yang melakukan tindakan sedemikian tak perlu bangga dan anggap diri sebagai ‘hero’ kerana akhirnya tindakan akan diambil dan susahkan diri serta keluarga.
Baca : “Mujur wife kita frontliner” – ‘Orang Rumah’ Ambil Kesempatan Nak Lepas Roadblock Untuk Keluar

