in

“Jangan bagi dia lepas” – Remaja Ipoh Mati Dipukul ‘Abang Angkat OKU’ Dengan Tukul Kerana Cemburu Ada Kekasih

Collage 53

Korang tahu tak, kebanyakan pembunuhan biasanya berlaku angkara cemburu. So, betullah bila orang cakap yang cemburu ni memang memakan diri!

Macam apa yang berlaku pada remaja berusia 18 tahun yang baru je mula bekerja di satu gerai buah di Pangkalan, Ipoh untuk membantu ibu tunggalnya sebelum dia dibunuh oleh seorang lelaki berusia 24 tahun pada Jumaat malam lalu.

Hqdefault 1

Menurut Ketua Polis Ipoh, ACP A Asmadi Abd Aziz, mangsa berusia 18 tahun ini ditemui mati oleh ibunya sendiri di kediaman mereka pada pagi Sabtu.

“Ibu mangsa memberitahu polis, pada jam 4.30 petang hari Jumaat lalu, seorang lelaki yang rapat dengan mangsa telah membawa anaknya ke tempat kerja sebelum menjemputnya pulang waktu malam.”

Asmadi berkata kepada Bernama, ibu mangsa berkata yang anaknya dan lelaki tersebut berborak di rumah selama lebih satu jam dan dia tak perasan apa-apa yang pelik dengan perangai anak perempuannya itu.

Tapi bila ibu tunggal ini nak kejut anaknya pada 7.30 pagi, dia mendapati anaknya telah ditemui tak bernyawa.

Cemburu ada lelaki lain

631190

Lelaki berusia 24 tahun ini telah ditahan selepas dia mengaku membunuh remaja, Sufiah Halim Ong, hingga mati dengan tukul kerana dipercayai cemburu bila dapat tahu Sufiah ada hubungan romantik dengan lelaki lain.

Pihak polis mengatakan, pembunuhan remaja ini dipercayai berlaku akibat dari cemburu.

Laporan bedah siasat mendedahkan yang mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala, tengorak retak dan luka dan lebam di bahagian kepala. Punca kematian pula adalah dari hentakan objek tumpul.”

NST melaporkan, pihak polis telah menemui tukul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa dan cebisan kayu dari suspek.

Suspek merupakan ‘abang angkat Sufiah

Walaupun NST mengatakan yang suspek dan mangsa adalah kawan rapat, Awani melaporkan yang suspek merupakan abang angkat kepada Sufiah dan lelaki ini juga merupakan pemegang kad OKU.

Pihak polis juga mengatakan yang mangsa dan suspek tak pernah bergaduh dan suspek sering singgah ke rumah untuk membantu keluarga Sufiah selepas bapa remaja ini meninggal pada tahun 2012.

Ibu Sufiah pula mengatakan yang arwah anaknya ini yang merupakan anak sulung dari dua adik beradik sering bercita-cita untuk membantu ibunya menyara keluarga.

Siti Sufiah nak jaga saya selamanya dan dah tak nak bagi saya bekerja.”

Manakala netizen pula mengucapkan simpati kepada keluarga ini dan mengharapkan suspek akan dikenakan hukuman sepatutnya dan tak terlepas hanya kerana dia memegang kad OKU.Screenshot 2020 02 24 At 1.21.25 Pm Screenshot 2020 02 24 At 1.21.54 Pm Screenshot 2020 02 24 At 1.22.10 Pm

 

Baca: “Tak payah lah nak pukul macam tu” – Netizen Panas Hati Tengok Pak Guard Tendang & Tampar Warga OKU Nak Berniaga

Guard6

Sumber: NST
Sumber: Sinar Harian