Baru semalam tular sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dengan bangganya dapat membawa kereta jenis Proton Saga milik bapanya di Rembau.
Hari ini pula tular satu video baru yang lebih dahsyat. Menerusi perkongsian di Twitter, seorang budak lelaki dilihat memandu sebuah lori treler jenis HINO dekat Rantau, Negeri Sembilan. Apo kono eh jang?? Semua orang nogori ni.
Satu lagi video tular mengenai pemandu bawah umur.
Seorang kanak-kanak memandu lori treler dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
Polis sedang mengesan ibu bapa dan kanak-kanak terbabit. @BuletinTV3 pic.twitter.com/6sQ1YNrDy3
— PANG CHINN FEI (@CHINNFEI) September 7, 2020
Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, kes tersebut sudah pun dalam siasatan polis dan ia disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Kejadian berlaku di kawasan Rantau, Seremban dan satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler.
“Usaha untuk mengesan bapa dan kanak-kanak tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut termasuk umur kanak-kanak terbabit masih diteruskan,” katanya.
“It’s not cool dan bahayakan nyawa dia”
Video tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang mana ada di antaranya teruja melihat aksi budak tersebut namun pada masa yang sama risau akan keselamatannya. Safety first!
Ibu bapa harap jangan biasakan kelakuan macam ni. Kalau jadi apa-apa kita juga yang susah nanti.