Seorang ibu tunggal anak tiga dari Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat berputih mata selepas beg yang mengandungi ‘mas kahwin’ yang diserahkan kepadanya itu sebenarnya hanya berisi daun kering.
Wanita yang dikenali sebagai Rosdiana, 38 itu pernah dilamar oleh lelaki bernama Syamsurizal, 60, pada Jumaat lalu.
Artikel berkaitan : “Remuk hati tengok” – Suami Kantoi Singgah Rumah Janda Lepas Tular Gambar Kereta Di Media Sosial
Artikel berkaitan : Lelaki Ceraikan Isteri Sebab Nak Kahwin Janda, Rupanya Kena Jerat Tanggung Hutang Isteri Baru
Meurut sumber, pada asalnya wanita itu enggan menerima lamaran daripada Syamsurizal disebabkan faktor umur lelaki tersebut yang agak berusia, namun dia akur selepas diyakini oleh seorang sahabatnya.
“Syamsurizal melamar Rosdiana dengan membawa mas kahwin sebanyak 1.7 bilion rupiah (RM505,271). Niat baik itu diterima oleh Rosdiana dan keluarganya.”
“Setelah bersetuju, Syamsurizal meminta agar beg yang mengandungi wang mas kahwin tersebut tidak dibuka sebelum Rosdiana sah menjadi isterinya,” kata pegawai Ketua Kampung Ragi, M Nur.
Jelasnya, lelaki tiu sempat menunjukkan wang sebanyak 100,000 rupiah (RM29.72) di dalam kotak bagi meyakinkan Rosdiana.
“Ramai saksi yang melihat wang itu adalah asli. Namun, kami diminta untuk tidak membuka semuanya sebelum saya sah menjadi Syamsurizal.”
Kata Rosdiana, dia berasa aneh dan dia serta keluarga akhirnya membuka kotak wang tersebut sebelum pernikahan mereka yang kononnya patut dilakukan selepas Aidilfitri nanti.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati bahawa kotak tersebut hanya berisi daun kering dan sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai tindakan seterusnya yang diambil oleh pihak Rosdiana.
Sumber : Sinar Harian