in

Jalan Akhir Nak Sekat Gelombang Kedua, UK Benarkan Premis Yang Dicemari COVID-19 Dimusnahkan

Untitled collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seluruh dunia kini kembali dilanda kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya sekali lagi gelombang penularan jangkitan COVID-19. Malaysia juga bahkan tidak ketinggalan dihantui ketakutan yang sama, sejak Kluster Sivagangga mula dikesan.

Di UK misalnya, Daily Mail melaporkan majlis perbandaran tempatan diberi kebenaran untuk merobohkan mana-mana bangunan termasuk kilang, pejabat, pusat penjagaan orang tua atau rumah persendirian sekiranya berlaku kes jangkitan di lokasi terbabit.


Kebenaran memusnahkan premis yang telah dicemari COVID-19 itu dibuat sebagai langkah akhir untuk menyekat penularan gelombang kedua virus itu, sekiranya pihak berkuasa percaya persekitaran di situ tidak lagi selamat untuk diduduki.

Selain premis, kereta dan kapal terbang yang telah dicemari virus tersebut juga turut boleh dimusnahkan menerusi keizinan daripada pihak mahkamah.

Setakat ini, ia merupakan langkah paling tegas yang dibuat kerajaan dan ia tertakluk di bawah rangka kerja pencegahan COVID-19 di negara itu.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dikatakan enggan negaranya terpaksa melalui fasa perintah berkurung sekali lagi– justeru sebarang langkah pencegahan awal akan diambil untuk mengelakkan COVID-19 kembali menular.

 

Baca: Pemandu Di UK Boleh Kena Saman RM5,487 Kalau Cermin Mata Berwap Masa Pakai Mask

foggyglass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.