in

Jaja Cerita Konon Kerja Keras Tayang Duit Di TikTok, Lelaki Ditangkap Sebab Kantoi Merompak

ft kantoi merompak tayang dekat TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki menayang bungkusan wang kertas di TikTok dan memberitahu penonton bahawa  dia mendapat wang hasil kerja kerasnya sendiri, ternyata ia hasil pencurian.

Ketika polis daerah Chon Buri melawat rumah lelaki terbabit di tambon Bang Sai di daerah Muang, Thailand mereka menemui wang tunai bernilai 220,000 baht (RM 2,761.51), cek bernilai 32 juta baht (RM 401,674.57) dan baju yang dipakai suspek semasa menceroboh sebuah premis tempatan.


 

Bangun awal untuk kerja keras

Suspek, Surasak Thakenglarp, 29, berasal dari Surin dalam sebuah video yang dikirim oleh TikTok @Joker764 menunjukkan dia sedang memegang seikat duit di kedua-dua tangannya, menurut Bangkok Post, dia menyatakan bahawa hasil duit itu dikumpul setelah dia bangun awal untuk bekerja keras demi membayar semua hutangnya.

Screenshot 2022 08 15 122121

Ketua Polis Chon Buri, Atthasit Kijjaharn berkata, ketika disoal siasat, suspek telah membelanjakan 150 baht (RM 18.83) daripadanya untuk membeli makan.

Screenshot 2022 08 15 122133

Katanya, pihak polis telah menerima aduan berkenaan dengan kecurian peti keselamatan yang mangandungi wang dan barang-barang lain dari sebuah pejabat, Kiattithayakorn Metal Co di daerah Muang pada malam 11 Ogos. Video rakaman CCTV telah merakamkan aksi pencuri itu.

Screenshot 2022 08 15 122150

Polis kemudiannya menjumpai video TikTok seorang lelaki mempamerkan wang kertas dan memakai pakaian yang sama seperti dalam video rakaman tersebut sebelum menyerbu suspek di biliknya.

Baca : “Rompak vaksin ke tu” – [VIDEO] Berpakaian Watak Siri ‘Money Heist’ Ke PPV, Buat Netizen Terhibur

fi money heist

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.