in

Jaguh Powerlifting Patah Lutut Ketika Beraksi Angkat Beban 400kg, Ngilunya!

Untitled Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang atlet powerlifting berdepan detik-detik ngeri yang mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya, apabila kedua-dua lututnya patah ketika sedang beraksi dalam Kejuaraan World Raw Powerlifting Federation yang diadakan di Moscow, Russia baru-baru ini.

Memetik laporan Daily Mail, ketika kejadian — Alexander Sedykh yang merupakan juara bertahan dari Russia sedang melakukan cubaan untuk mengangkat beban seberat 400kg.


Russian Powerlifter Fractures Both Knees During Squat

Sedykh bagaimanapun tidak dapat menampung berat tersebut, dan badannya dilihat mula menggeletar. Beliau kemudian cuba untuk menstabilkan semula kedudukannya, sebelum kedua-dua lututnya secara tiba-tiba patah dalam keadaan terlunjur ke hadapan dan Sedykh dilihat menjerit menahan kesakitan.

Pasukan perubatan kemudian bergegas memberi bantuan kecemasan kepada beliau, dan atlet malang itu dibawa ke hospital untuk pembedahan segera yang mengambil masa selama enam jam.

Difahamkan, kedua-dua lututnya patah dan otot paha depannya perlu disambungkan semula.

Dalam satu temubual yang dibuat selepas pembedahannya, Sedykh memberitahu berikutan kecederaan yang dialaminya — beliau kini terpaksa terlantar di atas katil selama dua bulan, dan perlu belajar untuk berjalan semula sebaik pulih nanti.

 

Baca: Ngeri! Tangan Atlet Wanita Patah Beberapa Tempat Ketika Angkat Berat 107kg

Capturee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.