in

“Jaga diri baik-baik” – Pernah Tular Kisah 6 Sekeluarga Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, Abdur Rahman Kini Dah Sambung ‘Study’

Ft Abdur Rahman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun lalu, pasti ramai yang masih ingat tentang satu kes yang meruntun hati rakyat Malaysia terhadap kes kemalangan yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Memetik laporan Berita Harian, ia berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.


Artikel berkaitan : [VIDEO] Minta Nak Tengok Gambar Jenazah Ibu, Netizen Sebak Lihat Reaksi Mangsa Nahas Kemalangan 6 Beranak Menangis

Artikel berkaitan : Mangsa Terselamat Nahas 6 Sekeluarga, Adik Abdullah Kini Makin Pulih & Dah Boleh Bercakap

Susulan dengan kejadian itu, 6 sekeluarga maut dan dua parah, ia terdiri daripada Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Bagaimanapun, hanya seorang mangsa, iaitu Abdullah,16, terselamat. Lebih menyedihkan lagi, anak sulung dalam keluarga tersebut iaitu Abdur Rahman, terselamat kerana pada hari kejadian dia tidak bersama keluarganya kerana ada urusan lain.

Screenshot 2024 09 19 165509

Susulan tragedi itu, ramai netizen yang sebak apabila mereka kongsikan perkembangan Abdullah selepas kemalangan tersebut. Malah, mereka juga turut bersimpati dengan Abdur Rahman yang kehilangan keluarga dalam sekelip mata.

Bahkan sejak dari kes tersebut, mereka berdua dijaga ahli keluarga lain dan perkembangan mereka dikongsikan di media sosial. Setelah setahun isu ini reda, Abdur Rahman kini sekali lagi menjadi tumpuan apabila tular satu video memperlihatkan Abdur Rahman kembali ke IPT.

@tinienie4

Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yg dicitakn tercapai nnt. Semua pn mendoakn yg terbaik buat kamu. Jaga diri baik2 @amannnnnnnnnnnn__ #ankibuabi #sayangsemua #sayangank2mamasemua #foryoupage

♬ original sound – wanie – wanie

Video yang dikongsikan oleh ibu saudaranya di TikTok yang telah meraih 21K jumlah tontonan dalam masa 8 jam itu telah membuatkan ramai netizen tumpang gembira. Tidak ketinggalan mereka rasa sebak melihat Abdur Rahman melangkah masuk ke asrama tanpa keluarga kandungnya di sisi.

Namun begitu, ramai juga mendoakan kejayaan Abdur Rahman sepanjang menuntut ilmu di Universiti Islam Selangor (UIS) dan melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Abdur Rahman Abdur Rahman 2 Abdur Rahman 3 Abdur Rahman 4

Min pun jadi sebak bila teringat kisah diaorang ni, mudah-mudahan Abdur Rahman berjaya dan adiknya, Abdullah sentiasa diberikan kesihatan.

Sumber : Berita Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.