Siapa yang tak suka terima kejutan dan hadiah kan? Kita dapat surprise bunga dan coklat waktu hari lahir pun dah happy, apatah lagi kalau dapat surprise lamaran guna 150 buah drone kan?
Itu lah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Singapura ini untuk melamar pasangannya.
Menurut Mothership.sg, baru-baru ini viral sebuah video TikTok di mana 150 buah drone telah diterbangkan pada waktu malam di Gardens by the Bay, Singapura untuk lamaran khas lelaki romantik itu.
https://www.tiktok.com/@mirsinnovate/video/7082671247330462977?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6990941360786753025
Difahamkan, video TikTok berkenaan telah dikongsikan oleh syarikat drone yang menguruskan acara lamaran lelaki berkenaan iaitu MIRS Innovate.
Kesemua drone tersebut pada mulanya telah disusun di sebuah padang terbuka di tengah-tengah Gardens by the Bay.
Menurut syarikat berkenaan juga, mereka perlu mengambil masa selama 10 minggu untuk membuat persiapan sebelum pertunjukan cahaya dan lampu menggunakan drone akan dipersembahkan.
Ini kerana mereka perlu meninjau kawasan dan reka formasi drone yang diingini oleh klien. Latihan dan ujian penerbangan juga harus dilakukan untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Dalam video lamaran itu pula, dapat dilihat drone-drone itu membentuk formasi cincin, “I LOVE YOU” dan nama kedua-dua pasangan romantik itu.
Paling best, pertunjukan drone itu turut sempat dilihat oleh orang awam lain yang kebetulan berada di kawasan berdekatan Gardens by the Bay ketika lamaran itu berlangsung.
Rata-rata netizen juga turut tumpang gembira bagi pihak wanita itu sebab berpendapat dia sangat bertuah dapat pasangan yang sangat baik dan romantik.
Alahai sweet betul la kan dorang ni.
Sumber: Mothership.sg, TikTok @mirsinnovate
Baca: “Dah ready nak nikah?”- [VIDEO] Ini Prosedur Sebelum Nikah Dari JAWI Yang Korang Kena Buat