Hidayah itu milik Allah, Dia boleh berikannya kepada sesiapa sahaja yang dimahukan.
Seperti kisah wanita di Amerika Syarikat ini apabila hidayahnya untuk memeluk agama Islam datang selepas dia menonton drama bersiri Turki di Netflix.
Menurut laman web Anadolu Agency, wanita yang berusia 61 tahun itu memeluk agama Islam pada tahun lepas setelah menonton drama fiksyen sejarah bertajuk Resurrection: Ertugrul.
Drama yang popular di Netflix itu mengisahkan tentang perjuangan pemimpin pertama kerajaan iaitu Ertugrul Gazi.
Ia menceritakan juga tentang kisah pada zaman sebelum penubuhan Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-13 Anatolia.
Wanita yang tinggal di Wisconsin itu memilih nama ‘Khadija’ selepas peluk Islam.
Dia juga menceritakan bahawa dia mula berminat tentang Islam setelah menonton beberapa episod drama tersebut.
Menurutnya lagi, sejarah yang diceritakan dalam drama tersebut sebelum ini tidak diketahuinya.
Difahamkan, Khadija juga mengatakan dia telah menonton kesemua episod drama itu sebanyak empat kali.
Sebelum ini, dia merupakan seorang Katolik Baptis dan selepas drama itu, dia mula membaca Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk faham dengan lebih mendalam tentang agama Islam.
Siri drama itu memang memberikan impak yang hebat kepada saya tentang Islam,” katanya.
Dia memeluk agama Islam setelah ke masjid terdekat di kawasan tempat tinggalnya.
Untuk anda yang belum pernah menonton drama tersebut, boleh tengok dulu trailer drama ini.
Sumber: Anadolu Agency
Baca: Tak Tahu Nak Buat Apa Ketika Hujung Minggu? Tonton 7 Drama Best Dari Turki Ini!