in

Jadi Benteng Anak Rebah di Padang Kawad, Ini Kisah Disebalik Kejadian Penuh Emosi Ini

Page Kawad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di media sosial, kejadian pegawai polis yang dipeluk seorang lelaki tua di tengah-tengah padang kawad selepas rebah semasa sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diadakan di Maktab Penjara Kajang, Selangor.

Kejadian tersebut dikongsikan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di akaun Facebook miliknya selepas menyaksikan sendiri insiden itu.


https://www.facebook.com/100044349373331/posts/pfbid0qcTi1jZVwS51mr37g7k56AXfRiZuq15swniAjxoYTNbCqdC7cCBW5EBce8JxFaEpl/?d=n

Malah video lelaki tua yang setia bersama dengan pegawai polis itu turut dikongsikan di TikTok dan telah mendapat hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini kerana ramai yang menyifatkan ianya sebagai sesuatu yang mengharukan.

@tashannai

Meski dari jauh, sang ayah sangat kenal susuk tubuh si anak…. Berlari mendapatkan anaknya yg jatuh ketika sedang berkawad. Terdidik anak yg hebat dari ayah yg hebat. #KPDNHEP #kasihayahsampaisyurga

♬ Ayah – Seventeen

“Mata kabur lepastu terus gelap dan hitam.”

Menurut mStar, pegawai polis tersebut, Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi menceritakan hal sebenar yang terjadi sebelum dirinya rebah dan dipeluk untuk kekal berdiri sepanjang sambutan itu berlangsung.

“Masa majlis berlangsung, memang cuaca agak panas. Tiba-tiba penglihatan saya jadi kabur lepastu terus gelap dan hitam” – Ujar Nik Mohamad Adhar

“Abah bapa saudara sebenarnya…”

Dia juga mengatakan bahawa telah mencuba untuk menahan diri dengan duduk perlahan-lahan dan kemudiannya baring di tengah padang. Disebabkan itu, tindakan spontan seorang lelaki tua yang berbaju Melayu merah jambu terus berlari ke arahnya tanpa berkasut mencuri perhatian ramai.

Polis 1

“Abah datang tolong sampai saya dapat sedarkan diri dan terus berdiri lepas kali ketiga jatuh sebab dah tak berdaya lagi.” – Tambah Nik Mohamad Adhar

Ternyata, lelaki digelar Abah itu, Abdul Aziz Ya’acob dan merupakan bapa saudaranya yang telah menjaga dirinya sejak berusia tiga bulan lagi kerana Nik mengatakan yang dia anak yatim piatu sejak kecil.

Memang ramai betul yang kongsikan video ni. Min pun terikut sebak jadinya…

Baca: Penjual Jeruk Kena ‘Sound’ Dengan Polis Sebab Halang Lalu Lintas

Untitled 1 12

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.