in

Jabatan Penjara Larang Najib Keluarkan Kenyataan Mengenai PRU15

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara ekoran isu penyelewangan dana SRC International.

Disebabkan ini, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim mengatakan bahawa Najib tidak dibenarkan untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 yang bakal diadakan pada bulan hadapan, lapor Sinar Harian.


Ini kerana, menurutnya banduan-banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan malah surat serta dokumen juga perlu ditapis terlebih dahulu.

Semua surat serta dokumen dikeluarkan juga perlu ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara, termasuk surat yang dihantar kepada keluarga.”

Tambahnya lagi, Jabatan Penjara merupakan jabatan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana politik dan warganya perlu menggalas tanggungjawab tidak kira kerajaan yang memerintah.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad mengatakan, Najib juga tidak dibenarkan untuk keluar berkempen bagi PRU15 ini.

Menurutnya, Najib tertakluk kepada Akta Penjara dan selagi beliau sedang menjalani hukuman penjara, beliau perlu mematuhi peraturan penjara.

 

Baca: Najib Razak Dinamakan Calon Untuk Parlimen Pekan Dalam PRU-15Fbx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.