in

“Itulah nak sangat dengan orang Bangla” – Wanita Parah Lepas Wajah Ditoreh Bekas Kekasih Warga Bangladesh

wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah orang tua selalu berpesan, hati-hati kalau bermain cinta. Jangan sampai jiwa merana. Kalau dah merana tu, kadang-kadang boleh bawa kepada dendam dan mengakibatkan bahaya kepada si pasangan.

Baru-baru ni, viral di Facebook gambar seorang wanita yang didakwa telah ditoreh mukanya oleh seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan objek tajam. 


 

Luka hampir 5 cm, bermula dari bibir hingga ke pipi

Menurut Harian Metro, seorang lelaki warganegara Bangladesh dikatakan nekad menoreh wajah mangsa sepanjang 5 cm bermula dari bibir hingga pipi kanan menggunakan objek tajam. Allahu! 

Kejadian ini dilaporkan berlaku pada Khamis lepas sekitar jam 5 petang di sebuah pusat beli belah Jalan SS 20/27, Damansara Jaya.

52504143 399157400893504 2178983320400953344 n
Sumber: Facebook

Susulan daripada kejadian tu, mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan sebelum kejadian tu dilaporkan kepada pihak polis.

darah
Sumber: Facebook

 

Masalah percintaan dengan bekas teman lelaki jadi punca

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil lepas mendapat rawatan di PPUM dan telah dibenarkan keluar sehari lepas kejadian.

“Berdasarkan maklumat, pihak polis berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an terbabit, Jumaat lalu.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit adalah bekas teman lelaki mangsa dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca lelaki berkenaan bertindak menoreh muka wanita itu,” kata Mohd Zani.

51733974 399136467562264 3708482622603657216 n
Sumber: Facebook

Suspek kini direman selama 7 hari sehingga Jumaat ini untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.

 

“Macam dah tak ada jantan. Bangla awak pilih” 

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah ini mengecam wanita tersebut kerana tersalah memilih pasangan. Tambah-tambah pulak lelaki tersebut warganegara Bangladesh. Aduh tajam jugak mulut netizen ni!

bf
Sumber: Facebook

Apa-apapun admin tak mahu salahkan gadis ini atas apa yang terjadi kepadanya. Mungkin dia tersalah langkah sebab berkawan dengan lelaki warga asing. Jadi kita doakanlah semoga dia cepat sembuh dan suspek diberi hukuman setimpal. 

Baca: “Dah tak ada guna” – Wanita Potong K*nek Boyfriend, Campak Dalam Ketuhar Lepas Puas Jadikan Sebagai Hamba Seks Sebelum Seksa Dan Bunuh

featured 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.