Pengacara sensasi, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA menempelak netizen yang mengecamnya selepas tular video dia berpakaian dan bersolek seperti wanita dalam satu acara tertutup baru-baru ini.
Diva AA menyatakan bahawa dia langsung tidak peduli dengan kecaman dilemparkan netizen kerana setiap penampilannya ke acara dibayar oleh penganjur.
Malah katanya, penampilannya yang berpakaian seperti wanita adalah untuk majlis tertutup dan bukan untuk mana-mana stesen televisyen.
Artikel berkaitan: “Di luar jangkaan” – Diva AA Menari Dangdut, Penganjur Fiesta Raya Baling Mohon Maaf
Artikel berkaitan: “Kau percaya lah cakap dia tu” – Aliff Syukri Beri Respon Isu Saman RM100 Juta
“Itu majlis tertutup, bukan untuk mana-mana stesen tv, itu saya punya pasal.
“Kepada yang mengecam itu, muhasabahlah sebab aku yang kaya raya. Nak kata saya ‘memondan’ walaupun sudah berusia, pergi jaga kubur emak kau.
“Saya buat apa juga show yang bayar saya berkepuk-kepuk. Tak kisahlah jika dikecam atau apa, sikit pun saya tak hairan,” katanya.
Diva AA takde job ke sampai jadi emcee bapok ni. pic.twitter.com/bNbgHt4tCQ
— Bbie. (@twtbiy) November 2, 2024
Jelasnya lagi, kritikan yang dilemparkan tidak mengugat semangatnya untuk menjadi seorang penghibur dan dia tahu batasannya.
“Saya buat itu ada batasnya. Kau tak ada hak untuk kecam sebab itu majlis tertutup. Viral atau tidak itu bukan masalah saya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.
Enggan mengambil pusing dengan tohmahan yang diterima, Azwan memberitahu itu juga merupakan sebahagian daripada sumber pendapatannya terkini untuk terus kekal menjadi penghibur setelah sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.
“Pendapatan saya sekarang berdasarkan ulasan produk, private show dan podcast berbayar. Bila timbul isu artis veteran dibayar ciput, saya jadi pelik. Yang penting kita kena pandai bawa diri.
“Saya anggap itulah rahmat menjadi Diva AA yang semakin meningkat sokongannya. Rezeki itu dari Allah dan saya rasa itulah rezeki terbaharu saya. Tak perlu kecam, itu rezeki orang dan cara saya buat duit,” jelasnya.
Katanya juga, sejurus menyedari videonya tular, dia hanya ketawa kerana ia langsung tak menjejaskan semangatnya untuk terus menjadi dirinya sendiri.
Sumber: Utusan Malaysia