in

“Itu saya!” – Muncul Dalam Trailer Filem Marvel ‘Thunderbolts’, Gadis Kongsi Pengalaman

Thunderbolts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teaser bagi filem Marvel yang terbaru berjudul Thunderbolts telah menarik perhatian netizen Malaysia apabila muncul beberapa scene yang memaparkan lokasi di Kuala Lumpur.

Teaser pendek yang dimuat naik pada Isnin itu telah memaparkan Florence Pugh yang memegang watak utama, Yelena Belova muncul dalam satu babak yang dipercayai dirakam di Medan Pasar Kuala Lumpur yang berlatarkan Menara HSBC South Tower.


Artikel berkaitan: “Ironman buka kasut, Wolverine bagi salam” – Babak Majlis Tahlil Dalam Komik Marvel Raih Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: Malaysia Masuk Marvel, Filem Thunderbolts Bakal Buat Penggambaran Di Kuala Lumpur

“Itu saya yang pakai tudung putih”

Namun dalam babak yang menarik perhatian ramai itu, korang juga dapat lihat seorang pelakon extra yang memakai tudung berdiri bersebelahan pelakon utama.

Pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Syaza Atheerah telah tampil memuat naik posting di X mengakui bahawa itu adalah dia dan berkongsi pengalamannya berlakon di dalam produksi Marvel.

Itu saya yang pakai tudung putih berdiri sebelah Florence Pugh!” katanya.

Menurut Syaza, ketika berlakon sebagai ‘extra’ dalam filem itu, pihak produksi meletakkan syarat-syarat ketat dengan tidak memberitahu filem apa yang mereka sedang shooting, malah tidak juga membenarkan dia menceritakan apa-apa pengalaman ketika berlakon dalam filem itu.

Saya terpaksa tanda tangan NDA (non-disclosure agreement) dan tidak boleh bercakap mengenai projek itu langsung. 

“Mereka juga tak beritahu filem Marvel apa yang sedang dirakam dan ia mengenai apa, hanya tanda tangan NDA dan datang ke set. Ikut instructions. Mereka juga tak beritahu siapa selebriti yang akan ada di sana,” katanya dalam satu balasan di X.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syaza Atheerah (@geekyhawt)

Tambahnya lagi, pelakon Florence Pugh dipercayai menjalani penggambaran di Kuala Lumpur mungkin selama dua hari dan dia juga tidak dibenarkan bercakap dengan pelakon tersebut semasa sesi penggambaran diadakan.

Posting berkenaan mendapat pelbagai komen daripada netizen yang kagum dengan pengalaman wanita tersebut sebagai anak Malaysia yang terlibat dalam filem Marvel.

Congrates

Fuh cayalah! Dapat berlakon filem Marvel tu! 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.