Umumnya, rakyat Malaysia dah tahu bahawa Muzik Muzik 35 Separuh Akhir semalam terpaksa ditunda kerana digemparkan bahawa salah seorang peserta iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.
Ramai yang terkesan dan antara golongan paling ketara yang menjadi kontak rapat adalah rakan-rakan artis yang turut menyertai dalam acara tersebut.
Dalam waktu yang sama Konsert Gegar Vaganza 7 turut disiarkan secara langsung dan membuatkan rakyat Malaysia ‘ubah haluan’ mereka untuk menyaksikannya.
Patut kena tangguh juga sebab…
Ramai netizen yang menggesa untuk tangguhkan juga konsert GV pada malam semalam berikutan dengan video Jihan Muse bersama Alif Satar ketika mengacarakan sesi XTravaganza With Xpander anjuran Mitsubishi Motor Malaysia yang baru ditayangkan di YouTube pada 2 hari lalu.
Program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.” – Jihan Muse
Menerusi Sinar Plus, Jihan ada menjawab spekulasi tersebut menerusi IG Story menjelaskan perkara sebenar terhadap situasi video itu baginya ia tiada masalah untuk meneruskan Gegar Vaganza 7 kerana ia adalah program rakaman 2 minggu lepas.
“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.
“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,”
Jelas Jihan lagi, dia tetap akan menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga dan tanggungjawabnya. Apapun Jihan turut mendoakan agar Alif Satar cepat sembuh.