in

“Itu isteri tak berdaftar” – Datin Patimah Tak Nak Ambil Tahu Pasal Isu Rumah Tangga Baru Syamsul Yusof

Ft Patimah Ismail Tak Nak Ambil Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail enggan ambil kisah pasal gosip anak sulungnya yang dikatakan sudah berpisah dengan Ira Kazar.

Patimah ketika dihubungi Harian Metro mengatakan bahawa, dia hanya kenal menantu dia seorang sahaja yang sudah berpisah dengan anaknya iaitu Puteri Sarah Liyana.


Artikel Berkaitan : “Pulak!” – Tak Tahu Pasal Isu Anak Diceraikan Syamsul Yusof, Kazar Bagi Respon

Artikel Berkaitan : Kecoh! Pengarah Sensasi Baru ‘Settle’ Kontroversi, Didakwa Ceraikan Isteri Guna WhatsApp?

“Saya tidak tahu benda (apa-apa). Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen.”

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen.”

Screenshot 2023 10 30 164725

Sementara itu, berkenaan dengan kenyataan Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulungnya dah lama tak pulang itu, Datin Patimah enggan memanjangkan kenyataan yang dikeluarkan suaminya.

“Betullah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak rosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini.”

Screenshot 2023 10 30 164748

Dalam pada itu, Kosmo! melaporkan bahawa peguam yang pernah mewakili Syamsul Yusof bagi kes perceraiannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana, Azmi Mohd. Rais ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen.

Sumber : Berita Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.