in

“Itu fitnah!” – Gara-gara Didakwa ‘Permainkan Wanita’, Azri Iskandar Rugi RM8,000 Duit Nikah

Isu Azri Iskandar Didakwa Mungkir Janji Nak Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin panas! Kalau terdahulu kecoh diperkatakan mengenai pelakon, Azri Iskandar yang sudah menemui cinta baru dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang juga penulis skrip bernama Azra Diera.

Namun tiba-tiba timbul pula satu isu apabila sebuah portal melaporkan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘F’ mendakwa dia telah dipermainkan Azri yang telah memungkiri janji untuk berkahwin dengan dirinya.


 

“Padahal saya tak buat satu titik dosa pun” – Azri

Susulan dakwaan tersebut, Azri mengakui nasibnya sebagai pelakon terjejas selepas namanya digugurkan daripada persembahan teater, lapor MalaysiaKini.

“Saya dimaklumkan dibuang selepas pihak produksi dan penganjur berbincang secara mendalam. Mereka buang saya sebab percayakan fitnah tersebut.

“Padahal saya tak buat satu titik dosa pun, mereka tak buat siasatan tapi terus jatuh hukuman pada saya, adilkah begini? Saya kerugian RM8,000 yang boleh ditambah sebagai wang untuk urusan perkahwinan saya dengan Azra nanti,” katanya.

Screenshot 2022 06 08 221903 1654698029

Malah menurut mStar, Azri yang juga bekas suami kepada Ellie Suriaty ini menafikan tuduhan wanita bernama ‘F’ tersebut dan menjelaskan yang dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan selepas bercerai.

Itu fitnah. Saya tidak cintakan orang lain pun. Dulu dengan Ellie, dia tak nak saya, saya lepaskan. 

“Then wanita pertama lepas bercerai adalah Azra lah. Dialah saya punya kekasih dan saya ingin memperistikan dia secara sah. 

“Saya tak ada perempuan lain. Bila pula saya ada perempuan lain, lepas itu, kahwin pula dengan orang lain. Jahatnya Azri Iskandar,” jelasnya.

Azri 1 1
Wanita bernama ‘f’ yang dakwa dipermainkan azri

Azri juga mendakwa yang dia tidak pernah mengajak F berkahwin sebaliknya hanya meminta bantuan wanita itu menghantarnya pulang ke kampung selepas cukai jalan kereta dan lesen memandu sudah tamat tempoh.

Selain itu, dia juga meminta pertolongan F kerana ingin lawat kubur arwah ibunya

Stress isu gosip, ibu bakal tunang pengsan 

Lebih menyedihkan lagi, ibu bakal tunang juga dilaporkan pengsan dan dirawat di hospital hingga ke harinya selepas melihat berita berkenaan.

Dua hari lalu, lepas solat asar, saya tonton video F dengan kata-kata yang sangat ‘baik.’ Adakah ini yang nak dijadikan calon menantu?

“Mak Azra pengsan dan sampai hari ni (semalam) ditahan di wad hospital, mujur ada adiknya untuk menguruskan situasi cemas tu. Azra tak berada di tempat kejadian.

“Dari Kuala Lumpur dia bergegas pulang ke kampung hari tu juga untuk melawat ibunya,” katanya lagi.

Azri Diera
Azri dan azra diera dilaporkan akan berkahwin dalam masa terdekat

Azri juga didakwa akan mengambil tindakan menyaman portal yang menyebar berita yang tidak sahih serta penganjur teater yang menggugurkan namanya kerana dia telah menolak semua tawaran lain untuk fokus dengan persembahan tersebut.

Untuk rekod, Pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini telah bercerai dengan Ellie Suriaty Omar pada 17 Mei lepas selepas 19 tahun hidup bersama.

Baca: “Allah yang tentukan sayang” – Kekasih Bagi Ucapan Birthday, Azri Iskandar Bercinta Dengan Komposer

Azri Cerai

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.