in

“Itu dari Malaysia? Jangan tonton” – Gabenor Bali Larang Generasi Muda Tonton Upin & Ipin

upin ipin bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri animasi Upin & Ipin ini sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Watak anak kembar yang bersekolah tadika ini cukup terkenal sehingga meraih populariti di negara jiran, Indonesia.

Bagaimanapun, baru-baru ini Gabenor Bali, Wayan Koster meminta generasi muda di sana untuk tidak menonton filem animasi dari Malaysia ini.


Menurut CNN Indonesia, Koster mengatakan daripada menonton siri animasi buatan negara lain, lebih baik menghasilkan karya yang mengangkat budaya tempatan.

1494897

Katanya, wilayah Pulau Bali berbeza dengan daerah lain di Indonesia kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi seperti emas, batu bara dan gas.

Jelasnya, budaya daripada luar seperti teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang di Pulau Bali, tetapi jangan meninggalkan budaya asal mereka.

Susulan itu, ahli politik terbabit melarang anak muda di wilayahnya untuk menonton animasi Upin & Ipin, sebaliknya menghasilkan karya yang mengangkat budaya tempatan.

“Apa itu dari Malaysia, Upin Ipin, ya? Jangan tonton lagi. Itu tidak jelas apa itu. Lebih baik kita membina produksi berdasarkan tradisi dan budaya kita. Tanah Bali memang memiliki kekayaan itu,” katanya.

Selain itu, Koster juga meminta generasi muda untuk menonton filem animasi Jayaprana Layonsari (cerita rakyat Bali) yang boleh dijadikan inspirasi.

“Saya minta semua adik-adik menonton filem Jayaprana, supaya mereka dapat memberi inspirasi untuk menjalani kehidupan yang baik,” katanya.

h

Sekadar info, siri animasi yang diterbitkan oleh Les’ Copaque ini telah memenangi beberapa anugerah terbaik kategori animasi di Indonesia.

Ternyata begitu besar penangan animasi Upin & Ipin di sana.

Baca: Tular Video Lelaki Bertatu Terhibur Tonton Upin & Ipin Di Penjara, Muka Gangster Pun Comel!
cats 13

Sumber: Suara Bali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.