Korang up to date ni mesti dah tahu tentang kes PU Abu ceraikan isterinya yang tengah mengandung untuk kahwin lain kan?
Rata-rata netizen memang bengang dengan tindakan PU Abu ni. Mana taknya, dah lah ceraikan isteri masa tengah mengandung, lepastu dia lafaz talak lepas dua bulan kahwin? Main campak-campak je.
So, netizen tertanya-tanyalah kepada Da’i Wan Dazrin tak nak ke utarakan isu PU Abu? Sebab kalau isu Sajat ke artis buka tudung ke ada je ‘surat terbuka’ untuk dorang.
Malangnya, permintaan netizen ini tak dijawab oleh Da’i Wan malah dia siap cakap netizen saja je nak memburukkan golongan mereka.
Kemudian, Da’i Wan sambung dengan tazkirah tentang kesasihan talak yang dijatuhkan oleh suami kepada isteri yang sedang mengandung.
Hakikatnya, netizen memang tahu talak yang diberikan ketika isteri sedang mengandung itu sah. Tapi, mereka nak tahu pendapat agamawan tentang tindakan lelaki yang lepaskan tanggungjawab sebab nak kahwin lain semasa isteri sedang hamil.
Salah seorang pengguna Twitter juga telah menegur Da’i Wan dan memberitahu jawapan yang netizen mahukan.
Selepas kecaman demi kecaman, Da’i Wan mula menyentuh tentang tanggungjawab suami dan meminta maaf kepada netizen jika ada yang merasakan dia berat sebelah atau berlaku tak adil.
Apa-apa pun, tanggungjawab kepada anak yang bakal lahir nanti jangan pula diabaikan ya?