The Batman adalah antara filem yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Filem adiwira yang telah pun ditayangkan sejak minggu lepas ini rata-ratanya telah mendapat pujian penonton malah ramai yang suka dengan pemilihan Robert Pattinson sebagai Batman.
Bagi mempromosikan filem ini, pelakon The Batman Robert Pattinson dan Zoe Kravitz turut membuat temubual bersama negara-negara luar.
Baru-baru ini menerusi temubual bersama pawagam Indonesia Cinema 21, Robert mendedahkan yang dia telah belajar silat sebagai salah satu koreografi yang digunakan untuk filem ini.
Dalam temubual ini, pengacaranya Chelsea telah bertanya kepada Robert Pattinson adakah benar dia telah menggunakan cara berlawan dari Indonesia untuk filem ini.
Silat dari Indonesia kan? Ia adalah salah satu seni mempertahankan diri yang tak boleh digunakan untuk sukan kerana setiap gerakannya adalah pukulan maut.”
Gerakannya sangat gila dan menyeronokkan. Rasa seperti cara berlawan yang berbeza kerana setiap gerakan rasa sakit. Ia tak sama langsung macam judo atau yang lain-lain.”
Bagaimanapun, menurut CNN Indonesia pengamal filem dan budaya pop Hikmat Darmawan mengatakan, penggunaan silat yang dikatakan ada digunakan dalam filem ini sebenarnya hanya gimik sahaja kerana bila kita tonton filem The Batman ini, susah untuk kita lihat mana satu adegan yang menggunakan teknik pencak silat.
Ia bukan menggunakan silat seperti yang kita bayangkan. Lebih kepada close combat.”
Tambahnya lagi, filem Hollywood sengaja mengatakan yang mereka guna sesuatu budaya dari sesebuah negara bagi tujuan pemasaran dan untuk buatkan orang lebih berminat untuk menonton filem ini.
Batman ambil cara close combat filem The Raid tapi tak terlalu banyak kerana filem ini bukan filem tentang berlawan sebenarnya. Jadi, jelas itu hanya gimik.”
Min belum ada masa lagi nak tengok The Batman ni. Korang yang dah tengok tu macam mana? Ada tak nampak Batman macam tengah bersilat?