Karipap adalah salah satu kuih yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila ia dimakan sewaktu masih panas. Lagi sedap bila kulit karipap tu rangup dan isinya padat, memang boleh teringat-ingat!
Pun begitu, satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pelajar luar negara di platform Xiaohongshu, dia menujukkan gambar tiga karipap yang dimasak dengan cara yang berbeza. Bukan menggorengnya seperti biasa, pelajar itu mengukus mengukus karipap tersebut.
“Localized dumpling”
Menurut pelajar itu, dia telah mengukus karipap tersebut sebanyak beberapa kali sebelum menjamahnya. Dia memanggil karipap itu sebagai makanan tradisi masyarakat cina iaitu dumpling.
“Localized’ dumplings #Study Abroad #Malaysia I steamed a few and ate them. Not to mention the taste was okay but the skin was very thick.
Seperti yang kita tahu, kulit karipap sedikit adalah tebal untuk mengisi intinya dan pelajar itu berhadapan dengan situasi yang sama kerana kulit karipap kukus itu terasa agak tebal apabila dimakan. Dia walau bagaimanapun turut memuji kesedapan karipap kukus itu.
Artikel berkaitan: Susulan Insiden Karipap Berkulat Dan Bau Sampah, Vendor Akui Jual Karipap Yang Tak Laku
Artikel berkaitan: Murtabak Hangus, Karipap Inti Angin.. Sekarang Roti Gulung Sosej Berulat Pula!
Pelajar tu tengah diet, tiada air fryer di rumah
Pelajar tersebut telah meninggalkan komen dan menyatakan dirinya sedang diet dan tidak mahu makan makanan bergoreng.
Thank you for your advice, I am an international student, so I don’t have an air fryer at home. And I’m trying to lose weight and don’t want to eat fried food..
Dia juga berkata, karipap kukus itu sedap apabila dimakan dengan cuka.
In fact, I thought it was quite delicious and I even dipped it in vinegar.
Hantaran itu telah mendapat perhatian netizen di platform tersebut. Salah satu daripada mereka menunjukkan gambar karipap yang patut dimasak dengan cara goreng.
Selain itu, ramai netizen lain berseloroh di ruangan komen.
Fuh, lain macam ye karipap kukus!
Sumber: Xiaohongshu