in

Isu Murid Dimarah Sebab Pakai Makeup, Kes Dah Selesai Cara Baik Dengan Ibu Bapa & Sekolah – KPM

Dah Selesai Cari Baik Ammara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular kisah mengenai seorang murid perempuan Tahun Dua didakwa telah dimarahi guru gara-gara memakai solekan pada wajah ketika majlis sambutan sempena Hari Kemerdekaan di sebuah sekolah.

Guru tersebut kemudian katanya telah menanggalkan solekan pada wajah murid berkenaan hingga mencetuskan kemarahan ibu bapa.


Ogbsaygrh4Jmaf5Zpbqe1Wawn9Xdarzpciktiktplv Photomode Zoomcover 720 720

Artikel berkaitan: Teruja Gayakan Baju Tradisional Ke Sekolah, Bapa Dakwa Anak Trauma Dimarahi Cikgu Sebab Pakai Makeup

Artikel berkaitan: “Rezeki dekat tempat lain” – Viral Dimarahi Cikgu Kerana Bersolek, Adik Ini Teruja Dapat Jumpa YDPA

Dah selesai cara baik – KPM

Menurut Buletin TV3, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah menjalankan siasatan terhadap isu tersebut.

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati isu tersebut telah diselesaikan dengan cara baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid berkenaan.

Tambahnya lagi, terdapat salah faham berkaitan peringatan yang telah diberikan oleh sekolah kepada semua murid yang terlibat dalam pertandingan bersempena Hari Kemerdekaan itu.

0Bghmbql Buletin Tv3 28

KPM sentiasa memandang berat mengenai isu sahsiah dan adab dalam kalangan murid-murid dan guru.

“Selari dengan konsep Karamah Insaniah, KPM juga komited dalam penerapan nilai etika dan moral kepada semua warga institusi pendidikan,” katanya.

KPM dalam pada itu memaklumkan pihak sekolah untuk tentukan peraturan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan selagi tidak melanggar peraturan sedia ada.

Dalam pada itu, murid berkenaan Ammara telah berpeluang untuk bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos lepas.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.