Baru-baru ini, tular satu isu yang mana satu saluran YouTube tempatan telah menjemput Hot Daddy yang terlibat dengan aktiviti persundalan di media sosial untuk membuat podcast bersama mereka. Isu ini telah tular sehingga mengundang kritikan orang ramai termasuklah Mufti Pulau Pinang.
Terbaru, Abang Tesla yang pernah terpalit dengan isu poligami sebelum ini telah memuat naik satu video di TikTok miliknya dan menyatakan rasa tidak puas hati kerana menganggap netizen bersikap berat sebelah.
“Mana hari tu yang shaking?”
Sebelum ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khaliltizam Yusri pernah dikecam netizen gara-gara berkahwin dua secara tiba-tiba. Ketika itu, ramai juga netizen yang membuat video reaction mengenai kisah ini termasuklah seorang wanita yang menggeletar apabila tahu mengenai dirinya yang berpoligami.
Artikel berkaitan: “Cakap lebih, silap-silap laki dia kelaut” – Abang Tesla Sound Netizen Yang Melebih Kecam Alif Teega
Artikel berkaitan: Abang Tesla Buat Ucapan Hari Jadi Buat Isteri Kedua, Isteri Pertama Sebagai ‘Hadiah’
Kali ini, Abang Tesla telah membidas netizen yang pernah mengkritik perbuatannya dahulu dan menganggap mereka besikap tidak adil.
Mana hari itu yang shaking? 20 orang yang tengah berlakon kau tak shaking, yang aku 2 orang korang shaking pulak. Mana pergi? Siap wish goodluck.
“Orang yang tak betul kena angkat”
Menurutnya juga, dunia seperti sudah terbalik kerana tindakannya berpoligami telah dikecam manakala gigolo yang membuat aktiviti persundalan diangkat oleh segelintir pihak.
Benda sekarang dah terbalik. Orang yang tak betul korang pergi angkat. Aku ni.. korang pergi tendang sampai nak jatuh gaung hari tu.
Di ruangan komen, ramai netizen telah meninggalkan komen reaksi masing-masing.
Kesian juga Abang Tesla ni kena kecam dulu..
Sumber: TikTok