Macam yang korang semua tahu, video seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Ayu telah tular baru-baru ini apabila dia menyelar tindakan pelanggan menjeling anaknya yang sedang meragam di kedai makan.
Video ini telah mendapat respon dari netizen. Rata-ratanya mengecam kenyataan cikgu ini kerana menyuruh pelanggan yang tak tahan dengan suara kanak-kanak untuk makan di rumah.
Ekoran dari ini, Cikgu Ayu telah memuat naik video di TikTok membuat permohonan maaf selepas ramai ibu bapa yang mempunyai anak kecil terasa dengan video yang dimuat naiknya sebelum ini.
Selain dari itu, Cikgu Ayu turut menjelaskan situasi yang berlaku pada hari itu dan turut memberitahu yang dia sudah pun cuba menenangkan anaknya.
Ya Allah, ramainya parents yang ada anak kecik terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa isu keluarga yang jeling tu.
“Yesss anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang. Ada yang cakap saya tak cuba tenangkan, tak bergilir dengan suami.
“Saya berulang kali bangun tenangkan anak… Orang boleh judge tapi orang tak nampak struggle saya bagi baby diam.
“Saya minta maaf buat korang yang terasa dengan saya. Yang gelarkan anak saya binatang… Moga kata-kata awak, awak dapat rasa nanti.
“Alhamdulillah, terima kasih semua nasihat yang stitch dan untuk korang yang menaip tanpa sempadan moga urusan kalian dipermudahkan.”
@cikguayu_imtecer Replying to @? iii•zUueee terima kasih yg tampil bgthu.. n mohon maaf dr sy☺️#cikguayu
Menerusi ruangan komen, ramai netizen mengatakan bukan isu anak yang menjadi masalah ramai orang tapi cara percakapan Cikgu Ayu dalam video sebelum ini.
Harap-harap perkara ni dapat dijadikan pengajaran buat Cikgu Ayu dan orang lain…
Baca: [VIDEO] Netizen Sokong ‘Statement’ Micheal Ang & Betty Rahmad Isu Cikgu Panas Anak Kena Jeling