in

“Isteri sarat mengandung, anak tiap hari menangis” – Keluarga Mohon Orang Ramai Kesan Faizal Ahmad

Faizal Ahmad Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu selepas tidak pulang ke rumah.

Isterinya, Nurul Ain Muhammad Mudzafar memaklumkan kali terakhir dia berjumpa dengan suaminya, Faizal Ahmad, 39, pada petang 16 Ogos ketika dia keluar bekerja pada jam 4.30 petang.


Nurul Ain pada awalnya beranggapan suami bekerja di luar kawasan yang biasanya mengambil masa empat ke lima hari sahaja, namun kali ini berbeza kerana tempoh yang lama selain langsung tidak dapat dihubungi.

Artikel berkaitan: 429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Kali terakhir Faizal dilihat keluar menunggang motosikal Ego jenis Yamaha Ego Avantiz bernombor plat DDU 4787 dengan berpakaian seragam JPS dan t-shirt berwarna hitam.

Isteri sarat mengandung, anak tiap hari menangis

Difahamkan, Nurul Ain yang kini sedang sarat mengandung enam bulan berkata, anak pertamanya yang berusia enam tahun setiap hari menangis bertanya bapanya kerana mereka berdua sangat rapat.

“Suami saya seorang yang sangat baik dan setahu saya, dia tidak ada musuh. Saya tidak dapat tidur lena memikirkan bagaimana keadaannya sekarang memandangkan banyak berlaku kes kehilangan orang sejak kebelakangan ini.

“Besar harapan saya semoga suami saya dapat segera ditemui dalam keadaan selamat kerana saya dan anak sangat merinduinya.

“Kalau dia terbaca ini, saya nak beritahu, tolonglah balik, saya, anak kita dan mama awak rindukan awak, baliklah, semua keluarga kita menunggu kepulangan awak,” katanya dalam nada sebak.

Menerusi hebahan di Facebook, lokasi terakhir Faizal diketahui di Istana Balai Besar Kelantan.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.